Monday, June 7, 2010

Tak wajar boikot BHP

Tak wajar boikot BHP
2010/06/08

KUALA LUMPUR: Masyarakat diminta memboikot sebuah stesen minyak berikutan enggan menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang ingin meminjam alat pemadam api dalam usaha menyelamatkan mangsa kemalangan ngeri dalam satu kejadian kira-kira 3.25 pagi Khamis lalu.
Bagaimanapun, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong dalam sidang medianya, semalam, mendakwa saranan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak wajar. “Kakitangan stesen minyak terbabit terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang menjadi mangsa jenayah seperti kes samun yang kerap berlaku ke atas stesen minyak sejak kebelakangan ini.


“Dia tidak wajar dipersalahkan,” kata Michael pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam. Hadir sama Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan Wilayah Persekutuan, Banie Chin. Michael berkata demikian mengulas kemalangan mengorbankan Florina Joseph, 27, yang tersepit dan hanya mampu melambai tangan meminta tolong sebelum Perodua Myvi dipandunya dijilat api dalam kemalangan berhampiran jejantas Jalan Cheras susur bulatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Dalam kejadian terbabit, Toyota Vios dinaiki seorang lelaki dan wanita dipandu laju dari arah Kajang ke pusat bandar raya terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh tiang lampu serta memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta mangsa.

mymetro

No comments:

Post a Comment

tak klik, dia gila