Monday, June 7, 2010

Robben diberi peluang




THE HAGUE - Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk tidak akan menggantikan tempat pemain sayap, Arjen Robben dengan pemain lain pada pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Sebaliknya van Marwijk memberi masa kepada pemain Bayern Munich itu untuk pulih daripada kecederaan hamstring yang dialaminya.

Robben mengalami kecederaan ham- string pada kaki kirinya ketika Belanda menang 6-1 ke atas Hungary pada aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia di Amsterdam, Sabtu lalu.

Pada perlawanan tersebut, Robben turut meledakkan dua gol selepas masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua.

Selepas menjalani pemeriksaan di Rotterdam kelmarin, kece- deraan Robben tidak begitu serius dan dia dijangka menyertai semula kem latihan Belanda pada minggu ini.

"Oleh itu, buat masa ini saya tidak akan menggantikan Arjen," kata van Marwijk.

"Saya mahu memberi peluang yang ada untuk dia kembali menyertai skuad pada kejohanan ini."

Sementara itu, Robben, bekas pemain Groningen, PSV Eindhoven, Chelsea dan Real Madrid memberitahu, dia akan bekerja keras untuk mencapai semula kecergasannya.

Dia akan berusaha pelbagai cara bagi membantu untuk pulih dengan segera.

"Saya akan bekerja keras dengan harapan dapat bermain semula dalam kempen Piala Dunia ini," kata pemain berusia 26 tahun itu.

"Kecederaan ini biasanya memaksa seseorang itu berehat selama empat hingga enam minggu. Tetapi ada cara baru untuk memulihkannya dengan cepat.

"Oleh itu saya mungkin boleh beraksi dalam beberapa minggu lagi," katanya.

Belanda akan memulakan kempen Kumpula E menentang Denmark (14 Jun) sebelum berdepan Jepun (19 Jun) dan Cameroon pada 24 Jun. - AFP

No comments:

Post a Comment

tak klik, dia gila