"kita makan kat sini je la" kata seman, manakala fendi buat acuh tidak acuh. dia ikot saja. mana-mana pun bulih. janji jangan bawa ke restoran cina. Manakala aku dan perut aku memang dari tadi lapar, jenis lapar hingga ke dada. seman melangkah masuk ke kedai makan tersebut dengan laju. fendi masih macam tadi. manakala aku pun masih juga lapar.
lepas melabuh punggung, kami bertiga terus oder makan masing masing dengan pantas dengan harapan makanan sampai sepantas kami mengoder dengan pantas tadi. dengan pantas juga kami berborak.
aku yang mulakan sesi borak, dengan fokus tajuk ialah nasib seorang 'ane' mapley yang makan pelempang aku dan terus balik keindia keesokkan harinya.
Ceritanya ane malang tu bermula begini. Pada hari kejadian, aku oder telur separuh masak. dan aku tunggu setengah jam. aku faham lah mungkin mapley ni punye oder kaw atau bung bung paw. membuatkan turn telur separuh masak aku lambat akibat dari mengutamakan oder terdahulu. lapar lapar pun aku tunggu juga.
tapi satu part je silap kat sini. ada satu brader baru sampai, duduk depan aku dan oder benda yang sama dengan aku, telur ½ masak. 1 saat kemudian oder dia sampai. Benda-benda macam ni yang bulih mengubah sikap berbudi pekerti aku yang tinggi. aku dengan hati panas berlari ke arah 'ane' tersebut dengan tiba tiba, 'ane' tersebut membuat muka aneh akibat dari situasi itu. Dengan tiba-tiba juga aku melempang muka 'ane' yang ambik oder tadi kerana telah melupakan oder aku, sambil aku mencarut dalam bahasa urdu. Agak tegang sesi berborak kami pada hari tersebut, seman dan fendi terjengil mata mendengar bait-bait aksi yang aku kisahkan. Menghayati betul.
simple je topik borak sambil tunggu makanan kat kedai makan ni. cite pasal aku panas baran oder lama lama. dan cite pasal aku yang power melempang warga asing.
Borak punya borak aku toleh kearah jam dinding dikedai tersebut. rasanya masa oder tadi mengikut jam tangan aku pukul 2 petang. sekarang dekat jam dinding tersebut menunjukan pukol 2.45 petang. maknanya 45 minit dah tunggu. rasanya skrip kedai mapley dan 'ane' tadi macam relevan dengan situasi sekarang. Dan bagi aku, molek sangatlah kalau aku relatekan respon yang serupa bagi membuktikan pada kawan-kawan yang aku bukan cerita besar sahaja.
tanpa cerita banyak. aku mencari tukang masak dan tukang oder makanan tadi. aku lempang keras keras seorang 3 kali. walaupun mereka kelihatan sangat terkejut, aku teruskan juga. aku peduli apa. lepas aku lempang budak berdua tersebut. aku ke kaunter kompelin. dekat 45 minit oder tak sampai sampai makanan adalah penyebab kenapa aku lempang budak berdua tersebut.
"tahukah encik......? " kata brader kaunter dengan konfinden level yang tinggi. dia sambung balik dengan ayat ala ala skrip drama " encik baru sampai 5 minit, mana datang lagi 40 minit tu" kali ni konfiden level dia paras profesional. dia sambung lagi sambil buat muka geram "kalau encik berpandukan jam dinding, jam dinding tersebut bateri dah habis sejak 3 hari lalu".
"bangang! kedai makan apa jam dinding takde bateri. Karang dengan kau-kau sekali aku lempang!!". Dengan nada A major 7 aku tengking mamat confiden tersebut.
aku sambung lagi "air suam satu" dengan nada memesan makanan, sambil mencari tempat duduk tadi.
No comments:
Post a Comment