Sunday, October 17, 2010

BUNGA KERTAS UNTUK IBU - part #2

baca dulu yg ni part-1 baru faham jln cerita

Sambungan

Ketika dalam bas, keadaan jadi kurang terkawal. Ada bau-bau yang kurang enak. Tidak sangka kanak-kanak awal umur begini tidak tahu jaga kebersihan. Bau stoking kuat. sudahlah bau kuat, Kepam pula. Amir jadi terganggu. Di ruang otak yang saling berhubung cuba amir mencari salah, Kenapa kerajaan tak semai budaya cintakan kebersihan Ketika umur baru mula mencari angka (ketika kecil)? Detik hati amir menyalahkan beberapa dasar kerajaan. Amir terkejut juga. Kenapa tiba-tiba amir berfikiran seperti orang dewasa. Mana mungkin amir tahu tentang isu berat berkaitan dasar negera ini. Menarawang fikiran amir sehinggalah sampai ke topik yang logik dengan usia & situasi Amir iaitu ingin memberi bunga kertas pada ibu..

Pak cik manap hari ni bawak boleh tahan perlahan. Bikin jiwa gelora. Boleh pula mai-main brek. Muka amir beberapa kali tersembam ditempat yang keras. Amir hanya boleh bermuka tawar. Berkaca mata amir bila tahu diri seperti diperkotak-katik pak cik manap yang baru tadi dipuji oleh kerana disiplin masa yang terbilang. Ah biarkanlah. Hati amir tetap pada ibu. Ingin diberikannya bunga kertas pada ibu. Ingin melihat ibu gembira. Biarlah pakcik manap memandu dengan apa cara sekali pun. Ia bukanlah satu halangan yang besar bagi amir.

Setelah beberapa orang murid dihantar, lokasi rumah amir pun semakin tiba. Bergetar hati amir ingin pulang. Kembang hidung amir apabila memikirkan ibu akan memuji amir secara berterusan, biasanya direct 2 minggu paling kurang. Amir mesti menggembirakan ibu hari ini. Wajib. Terpacaklah van pakcik manap depan rumah. Meluru keluar lah amir berlari anak mencari pintu rumah. Selepas memberi salam. Meluru amir kebilik untuk mempersiap resepsi untuk sessi pemberian bunga kertas pada ibu. Amir menyalin baju. Menyusun strategi supaya peristiwa penting ini dikenang ibu. Dikeluarkan kotak yang diyakini ada bunga kertas tercantik didalam.

Tanpa buang masa terus amir kearah ibu, dengan kotak dipegang cermat ditangan kiri sambil kotak menyelidung betul dibelakang badan amir. Ketika ibu sedang selesa duduk disofa. Amir terkial-kial cuba menutup mata ibu. Ibu amir tidak terkejut. Amir memang suka memberi kejutan-kejutan begitu. Susprise katanya. Cuma kali ini apalah kejutannya lagi. Ibu amir pun menutup matanya dengan tangannya sendiri, tanda faham kerenah amir. amir tersipu malu kerana ibu memahaminya. Lama ibunya menutup mata, dekat 3 minit, sedang amir masih ketawa kecil dengan riak muka bangganya. Lepas puas bangga, diletakkan kotak tersebut tepat diatas riba ibu. Tanpa membukanya. Amir mahu ibunya membuka sendiri untuk lebih kejutan.


“ibu bukalah sendiri, susprise”
kata amir sambil senyuman berbekas lagi.

“la, macam tu pulak, tak de poin la ibu tutup mata lama-lama tadi”
balas ibu ringkas dan padat. pakai power kod..

“ye ke amir ade suruh ibu tutup mate, tak perasan pulak, sowi”
amir pun jawab ringkas, terpengaruh cara ibu tadi. Tapi senyuman tadi masih kekal.

Pada waktu ketika ibu membuka kotak tersebut, amir telah pun menutup mata. Yakin dengan rancangannya yang selancar angin. Tunggu ibu hadiahi ciuman kasih sayang didahi je tinggal.Tetapi dalam tempoh masa tersebut. Hidung amir dapat menangkap bau yang agak pekat. Mana mungkin bunga kertas tadi berbau pekat semacam stokin. Paling kuat pun kalau ada bau, bau gam je kot.

Dalam suasana yang tenteram dan hening tanpa bunyi, tiba-tiba vocal ibu mengambil tempat
“ kenapa amir nak bagi bende berbau ni kat ibu, yakni stokin” kata ibu dalam not E# minor .

............................................................

“ eh, stoking ke, bukan bunga kertas ke bu? komform? ” amir buka mata yang tadi tertutup, terus anak mata menangkap objek utama (stoking). wth, wtf, waklu! (dlm hati) Ape kes! Bergetar lutut amir menahan geram, menahan air mata, menahan malu. rabak!

“babi” kata kata amir direct, dalam hati. Amir belum cukup dewasa untuk mencarut depan ibu. Disini lah amir belajar mencarut dan jadi pemberontak. Kerana seringkali dipermain Mei Lin, Minah ketagih belajar. Sebelum ini amir agak sopan dengan menggunakan ayat carutan seperti cipan, tenuk, monyet & tupai. Tapi kali ini amir rasa kene keras sikit. “babi”…

HA HA HA HA HA HA (h.g.)

BUNGA KERTAS UNTUK IBU - part #1

Amir baru genap 8 tahun. Bermakna tahun ini amir masuk darjah 2. Saban hari amir ke sekolah menaiki van sekolah pak cik manap. Itulah pengangkutan harian amir kesekolah kerana ibunya tidak pernah ada masa untuk menghantarnya. Amir faham. Sangat faham. Ibu sibuk kerana amir. Untuk amir berumah, cukup makan dan ada tempat tinggal. Sampai sahaja ke sekolah. Amir terus mencari kelas. Bukan budaya amir berpeleseran mencari kawan-kawan. Tidak berpeleseran bukan kerana tidak suka bersuka-suka. Budak darjah 2 mana yang tahu erti barah sosial. Apa yang budak darjah 2 tahu adalah bergembira dalam dunia yang mereka cipta.

Tetapi amir tidak dapat berkongsi gembira bersama kawan. Amir terlalu mengenang ibu. Amir terlalu sayang ibu. Amir tidak pernah mahu lihat ibu muram. Amir berperwatakan suram pun kerana ibu.. Ibunya berstatus tunggal. dan itulah harta bernilai yang amir ada. Mana mungkin amir terdetik untuk membebankan ibunya. Setiap detik, wajah ibu terbayang dibenak.

Ibu berubah sangat ketara sejak berpisah dengan ayah. Ayah amir dan ibu telah bersefahaman untuk berpisah atas beberapa alasan yang tidak dapat dielakkan. Ibu amir tidak dapat untuk meneruskan hidup dengan bersuamikan ayah. Ayah seorang yang tidak pandai mengurus hidup malah seorang yang panas baran tahap kronik. Tapi amir tetap sayang ayah. Ayah tetap ayah. Darah ayah mengalir deras dalam diri amir.

Sampai ke kelas amir terus mengambil tempat duduk. Selang 5 minit. Cikgu Saripah selaku cikgu seni masuk membondong beberapa alatan perkakasan dicelah tangan kiri. Sebelah tangan kanannya dijinjing beg besarnya. Ahmad ketua kelas berlari mendapatkan cikgu saripah untuk membantu mengangkat barang. Bodek amatur. Cikgu saripah mula buka pencak. Pencak bicara. Cikgu saripah membebel. Memek muka mula main peranan. Berkerut-kerut. Itu trademark cikgu saripah. Penyampaian penuh perasaan. Bagi memastikan muridnya faham apa yang disampaikan. Tangannya bergerak-gerak merangka isyarat. Amir terdengar sekilas bahawa hari ini fokus kelas seni adalah membuat bunga. Bunga kertas. Membuat bunga kertas secara manual. Mungkin itulah yang cikgu saripah sedang aksikan. Mengajar membuat bunga kertas. Cikgu saripah terus leka mengajar. Tidak dihiraukan siapa yang tidak berminat. Tetapi sesiapa yang berminat akan menjadi murid kesayangannya. Politik cikgu sekolah rendah.

Pada mulanya amir kurang berminat. Tapi apabila melihat hasil bunga kertas cikgu saripah cantik. Amir tertarik. Amir mula mengeluarkan perkakasan yang berkenaan atas arahan cikgu saripah. Munip, Nanda & Samat terkeruk-keruk kepala bermuka tawar. Tanda tidak berminat. Mei Lin & Ahmad insan paling seronok. Mereka berdua ketagih kelas seni. Terkinja-kinja, Tersengih-sengih bila kelas seni beroperasi. Cikgu Saripah masih tidak menyuruh keluarkan perkakasan lagi. Tapi Mereka berdua pula sudah siap buat. Lesen mereka berdua besar. Lagipun Cikgu saripah sayang mereka berdua. Mereka jugalah Pembantu makmal seni cikgu saripah. Manakan cikgu saripah nak marah. Lagipun Mereka ketagih untuk menjadi pandai.

Senarai perkakasan telah seminggu lepas diberitahu Cikgu Saripah. Siapa tak bawa, dendanya berdiri atas kerusi. Amir tidak mahu berdiri atas kerusi. Kerana corak pemikiran amir ringkas. Jika didenda cikgu pasti tidak akan menggembirakan ibu. Jika ibu tidak gembira. Ibu akan terbeban. Amir sudah semat kemas dihati tidak akan pernah sesekali membebani ibu. Amir pun sebenarnya berminat kerana merasakan bunga kertas Cikgu Saripah hasilkan tadi sangat cantik. Cantik seperti ibunya. Bukan kerana muka ibunya seperti bunga. Tetapi wajah ibunya menawan seperti bunga. Amir teruja untuk membuat pun kerana teringat ibunya. Semua perkara dalam kitaran hidupnya sangat berkait rapat dengan ‘kerana ibunya’. Itulah amir. Seorang anak yang sangat menyayangi ibunya.

Berposak amir cuba mengikut prosedur seperti yang ditunjuk cikgu saripah. Ada beberapa bahagian yang amir tidak berapa faham. Amir terus tanyakan pada mei lin. Mei lin suka begitu. Mei lin suka ditanya. Mungkin kerana cita-citanya menjadi cikgu. Mungkin Mei Lin mengidam untuk mengganti Cikgu Saripah. Mei lin banyak membantu. Bukan sahaja menyiapkan. Tetapi menjadikan bunga kertas amir antara yang tercantik. Amir memang sudah berkira-kira untuk menghadiahkan kepada ibu. Sedangkan cikgu saripah meminta bunga kertas yang siap dihantar untuk dimarkahi.

Amir tergamam. Dia mahu bunga yang dibuat cantik olehnya itu untuk ibu. Dia perlu memikirkan segera. Bagaimana untuk mendapatkan markah sekaligus menghadiahkan pada ibu. Amir berkeputusan untuk membuat satu lagi bunga kertas. Maknanya amir akan mempunyai 2 bunga kertas. Satu untuk dimarkahi. satu untuk ibunya. Dengan bantuan mei lin. Amir membuat satu lagi bunga kertas dalam keaadaan tergesa-gesa. Comot-comot. Tidak berapa cantik tetapi cukup prosedur nampak dan sifat-sifat bunganya. Janji ia tidak memberi markah yang teruk. Amir terus menghantar bunga kertas yang dibuat tergesa-gesa yang dibantu mei lin tadi. Di hantar kepada cikgu saripah untuk diberi markah. Lega. Amir berjaya melakukannya. Bunga kertas amir yang cantik tadi disimpan kemas didalam kotak. Tidak sabar rasanya menunggu waktu untuk pulang. Tidak sabar rasanya untuk diberi pada ibu. Tidak sabar rasanya melihat ibu tersenyum..

Waktu balik sudah tiba. Amir berlari ke pesisir jalan. Dekat tebing sekolah. Tempat yang diberitahu pak cik manap pemandu van untuk menunggu. Pak cik manap sentiasa tepat masa sampainya. Mungkin cepat sedikit. Sebab masih tinggal beberapa rakan sesekolah lain yang belum sampai menunggu bersama. Rutin biasa. Menunggu manusia tidak berdisplin.

Pak cik manap harus memastikan semua orang cukup barulah boleh bergerak. Disebabkan teruja. Amir sudah mula terasa tidak senang duduk. Akhirnya. Semua murid-murid sudah memenuhi setiap ruang van sekolah. semua muka familiar sudah ada terselit-selit. Tersenyum amir kerana tahu dia akan sampai rumah sekejap lagi. Rasa meluap-luap mahu melihat kegembiraan ibu. Kegembiraan diberi bunga cantik rekaan khas darinya sendiri. Saat seorang anak merasakan nikmat hidupnya..

Bersambung…

BUNGA KERTAS UNTUK IBU - part #2

Sila bezakan Keperluan & Kehendak....

Bab 1
..Keperluan atau Kehendak?..

Walaupun hidup dekat puluh tahun kat ats muka bumi ni, aku masih samar tentang 2 perkra ni. yg mane harus didahulukan. keperluan atau kehendak? aku rasa kehendak pun adalah satu keperluan. dan mungkin jugak keperluan satu kehendak. aku nak kupas sikit maksud keperluan dan khndak mngikut teoram pitagoras.

Kite bermula dengan keperluan. 'perlu' adalah akar kepada ayat keperluan. jadi 'perlu' bermaksud sesuatu perkra yang wajib ada. contoh seperti : kita perlu berhati-hati (menunjukkan kita {wajib ada} untuk berhati-hati) agak kmpleks gak. membuatkan aku merapu-rapu sekejap. hurm. ape pun yang aku merepek ni. aku harap korang phm. ktidakfahaman mengenainya, mnjadikn anda susuk yg gagal. penat gak la pegi sekolah bertahun tapi benak bukan main. argh. kite simpulkan kat sini keperluan adalah sesuatu perkara yang mustahak & penting. paham? mnjadikan maksud kperluan adalah sesuatu yang penting dan mustahak.

Bagi maksud kehendak pulak. melalui tekstur ayatnya. didapati akar kepada ayatnya adalah 'hendak'. 'hendak' bermaksud mahu, 'mahu' adalah pmahaman tntg keinginan. sesuatu ayat yang direct tanpa selindung. saya mahu itu, saya hendak ini. mennjukkan kata 'kehendak' adalah sesuatu yang berunsurkn nafu-nafsi. sesuatu yang sgt kritikal yg sgt berkait rapat dengan nfsu.

Setelah cube memahami kedua ayat tersebut. didadapati bhwa keperluan bermkna penting dan mustahak. manakala khendak pulak bermaksud keinginan yng penuh nafsu. kite teruskan ke bab



Bab 2
..Kereta Kene Tarik..

Citenya bermula begini. padal awal bulan dalam 3 bulan lepas yakni tepat sehari lepas dapat gaji. aku ditawarkn satu material yang tersangat rare untuk dimiliki. malah material tersebut tersangat aku inginkan. ia adalah gitar fender made in USA. harga jngan tanye. sebab aku takut akn merosakkan harga pasaran sedunia atau melanggar akta harga kawalan. xtau nape die nk jual dengan harge yang pasti meruntun jiwa inginku. tp yg ak agk pasti member aku dengan personaiti mat pet tersebut terlalu terdesak ingin menggunakan duit. aku tanpa segan silu malah sedikit riak telah berjaya merosakkan jadual berkala tentang definisi 'keperluan dan kehendak' tanpa kompromi. dalam kes ini, perlu aku nyatakan. aku dalam keadaan terdesak gak mcm mat pet tu, aku dalam dilemma. oleh kerana masalah pngurusan kewangan yg mmbelengu kbelakangan ini. dimana aku hanya boleh pilih satu dari dua. iaitu mebayar ansuran kereta atau membeli material yang rare mahupun cool. dimana kewangan ak tdk mmbenarkn utk ak melakukan transaksi utk 2 pkare tsebut rentak. xde bajet. dalam keadaan tersepit dan terdesak ini pun aku cube mencipta satu teori penyedap hati. dimana aku berteori bahawa peluang untuk aku mendapatkan bende rare tu hanya datang sekali sdangkan bayar ansuran kete tiap2 bulan pun aku bayar. jadi bayar ansuran kereta bukan seuatu yang rare dan cool kerana dah menjadi budaya bulanan aku untuk perkara tersebut. jadi kire2 audit aku telah menyetujui untuk bende yang lbh rare. hahaha. hati aku gembira, riang ria sbb dapat bnde yg aku inginkn. yay!

Hari terus berlalu. kegirangan tentang dpat mmbeli brg rare tlh semkin mnguncup. tiada ape yg nk dgembirakan. bende dah beli, dah godek smpai nk ranap. nk gmbire ape lg. sehinggalah sebulan blalu. pd satu ptg yg syhdu. satu jntera berat ala2 lori towing. bkn ala2. mmg lori towing. kompom. dari atas opis aku dpt memerhati. aku perasan ade 2 orang yg terperuk dlm lori. sorang jejaka boroi dgn muke tk terurus, compang camping. sorang lagi muke ganas bdn sedap dgn riak muke mcm mintak tapak. dlm sudut phatian ak brader2 tsebut bkulit hitam manis, bernahu saskrit atau tamil xsilap. belum smpat habis aku mganalisa, mngutuk, mengata dan pelbagai lagi brder2 tersebut dgn aksi imunisasi cube melakukan beberape cubaan menyelit sesuatu pd kedua tayar belkang kete aku. ala2 tarik kete ar. bkn ala2. mmg dorang dlm proses menarik kereta aku. aku kaget. terpacak.terkejot. terpaku. adakah itu kereta aku? kenapakah mereka terlalu selambe? kenapa kereta aku? dan apa salah aku? adakh aku perlu gmbira? kenape india minat dalam karier tarik kereta? beberapa pesoalan berlegar kencang dalam kotak fikirku.

Langkah aku mule mencari tanah. smbil berlari anak menuruni tangge. bgegas mencari pntu belakang. trus aku mnerpa kearah brader tsebut. tnpa blengah soalan pertame yg terpacul 'kenapa kereta aku ditarik?' tnpa berlngah jugak brader yg bmuke bengis dn meminta-minta muke ditapak tersebut mnunjukkn surat tarik dari bank. mmg satu tndkan yg sgt meminta-minta (tapak). ttp dlm keadaan geram aku harus rasional. kenape perlu ssuate pkare tjadi tnpe bsebab. otak aku mule meliar mencari pautan2 yg bsangkut paut. ak tidak mahu keadaan mnjadi sukar krn kereta mmg mnjadi suatu keperluan & wajib utk aku bg mengkhatamkn aktiviti harian dgn licinye. utk bgerak dr st tmpt ke st tmpt. oh tidak, ia psti akn myukarkn hidup aku kemudian.

Aku cube mnterjemah. ak cube mncari punce. memahami bhwa jika surat tarik bank sudah keluar. ini menunjukkan ada masalah tentang kewangan. mnunjukkn wang yg aku bayar tk smpai ke sasaran. ini mnunjukkan pihak pengurusan bank menghadapi mslah kewgan yg tegar. ketirisan. rasuah. Xamanah. Xcekap. Xjujur. sehingga sanggup menggelapkan wang ansuran kereta aku yg tk seberapa. argh..

meliar aku cube mencari salah org laen. ak cube myakinkan yg aku bkn pesalah. sdgkn aku sedar sesedar sedarnye yg aku telah menggunakan wang ansuran tsebut untk mmbeli gitar fender made in USA, brg yg ak banggekn rare dan cool. teori aku telah salah. teori aku yg beranggapan bhwa membyar asuran kereta bukanlah seuatu yang rare mhupn cool adalah satu teori paling gagal dlm sejarah manusia. ak mule bputik-ptik percaya bahwasanya mebayar ansuran kereta adlah ssuatu yg tersangat 'rare dan cool'. dr situ ak mule tidak megambil enteng tntang keseimbagan 'kperluan dan kehendak'. dimana aku teguh percaye keperluan adalah sesuatu yang rare dan cool sgt.sgt.sesangat.. itu perasaan aku keitka ini,

Lepas 5 jam kemudian. lepas aku smpai kerumah. Lepas berang hilang. Lepas amarah reda. Lepas aku lupe. Dan lbh2 lagi lepas dapat melihat, membelek, menggodek & menggoreng gitar Fender made in USA aku yg cantik terletak atas dakapan. Jiwa tenang yg klimaks berbaur–baur dokma dinamik blegar deras di segenap daerah otakku. Aku mula merasakannye, aku mula merasakannye, aku mula lemas dalam kepuasan. aku mula salute dgn tindakan sendiri. Mencari masalah dan memilki barang yg diidam-idamkan juga jauh lebih rare dari semua pekara diatas. Tk kisah lah ape pun. aku mempertahankan tindakan aku. Aku ttp tegas dengan tindakan aku..

Cerita tentang Kunci Motor & Road tax

Ada la satu hari, aku dengan agak cuai dengan berlagak selambe mencicirkan road-tax motor di suatu tempat yang aku tak pasti, tak ingat serta dengan beberapa lagi alasan lagi yang dikepilkan bila kawan-kawan bertanya kenapa road tax aku hilang.

Cerita bermula begini. Aku penuh dengan konfiden menyangka road tax aku tersimpan kemas didalam jaket. Dan bila pada satu hari yang mana aku tiba-tiba ingin gunakan.. Road - tax aku telah menyembunyikan diri. Aku pasti Bukan aku yang hilang kan.. Kerana diperseingatan aku, road tax tersebut telah tersimpan rapi dijaketku. aku sangat jelas.

Tapi tu lah, road tax tersebut terus-terusan menyembunyikan diri. Aku mengambil masa 2 hari untuk mencari sambil hati yakin mengatakan road tax berada di beberapa lokasi yang kuharapkan tercicir.

Berpeluh mencari dalam rumah. Tidak ketemui. Terus Konfiden tinggal kat ofis.. Juga tidak ketemui. terus semua keyakinan telah lenyap dalam waktu 2 hari sahaja yakni genap dalam masa pencarian road tax tersebut..

Akhirnya aku pasrah dengan qada’ dan qadar tuhan.. Yang pergi takkan kembali lagi.. Biarkanlah road tax aku membawa diri. Mungkin dia merasakan aku tidak sesuai atau serasi dengannya lagi.. Aku rela sahaja..

Langkah pertama yang aku harus lakukan ialah menukarkan kunci motor, sebab aku selitkan kunci dan road tax sekali (lenkali jangan selitkan roadtax skali ngan kunci motor ye kwn2) terus aku mencari pekedai kunci motor untuk berganding bahu dlm memperkasa proses peyelesaian masalah yg dhadapi aku. Siap memang siap, tapi duit tetap kene hulur gak. Biasa lah. RM110 pulak. Dengan service datang rumah lagi.. Huh~ settle stage pertama..

stage kedua pulak pergi memperbaharui Road Tax di pejabat Pos. Jadi aku dengan sempoi - sempoi angin pegi pejabat pos dengan berbekalkan geran motor aku untuk buat road tax baru seperti kebiasaan prosedur. Agak lama gak tunggu.. Lebih 70 orang pelanggan harus aku dahulukan.. Tunggu dan terus tunggu, Menunggu sampai rasa kejang kakiku.. Sehinggalah akhirnya Sampai turn aku. Ku Berjalan perlahan ke kaunter sambil senyum lebar seperti memerli pelanggan lain yang sedang menuggu giliran masing2 sambil dalam hati terdetik “ this is my turn, road taxku akan selesai dalam beberapa minit lagi, korang tunggulah sampai penat dan kejang kaki, padan muke korang ngan aku2 sekali sebab kejang kaki” panjang detik hatiku meraban.

Sesampai ke kaunter, seorang makcik petugas ditempatkan. makcik pos ofis tu dengan muke penat memandang aku sambil menunggu aku besuara dahulu. Aku dengan senyum yang masih berbekas bingkas berkata. “ saya ingin buat road tax baru kerana road tax lama telah hilang disuatu lokasi yang saya tak pasti, sebab kalo saya pasti lokasi road tax yang lama. tak perlulah nak buat road tax baru kan makcik? Lawak tak?” Tanye ku.. Makcik ofis dengan pantas+selamba dan cume memerlukan 10 saat untuk menjawab soalanku “sila ke pejabat polis buat repot, pastu ke JPJ buat road tax baru. harap maklum” dengan muke penatnye tanpa mengiktiraf lawak berkualitiku tadi. Bagai di panah kilat aku tersentak. Kepenatan menunggu aku tidak berbaloi, masalah aku tetap masih belum selesai walaupun aku telah membuang masa menunggu disitu. Senyuman perli kepada pelanggan laen tadi rupenye hanya kosmetik sementara. Sambil aku menniggalkan pejabat pos dengan senyuman sinis pelanggan lain. ku diperli semula, dipulang paku buah keras. Siot!!!

Xpe. Dunia belum berakhir, aku perlu membuat repot polis dan bergegas ke JPJ secepat mungkin. Pada keesokkan harinya pula terus ke pejabat polis membuat repot. Takde masalah langsung, pantas cekap dan amanah. Itulah yang aku harapakan. satu kredit bagi pegawai polis di shah alam. Setelah mendapat salinan kertas repot terus aku ke JPJ untuk mendapatkan road tax..

Disebabkan aku seorang yang amat cermat (disebabkan pengalaman kot), aku telah menelefon JPJ untuk memastikan ape yang perlu aku sertakan supaya sampai disana nanti tak perlulah kecewa sekali lagi. Dia kate bawak geran dan ic sahaja sume akan beres..

Aku pun sediakan bahan-bahan seperti yang dimaklumkan, setelah sampai di JPJ. Seperti biasa, adalah lbh kurang 30 pelanggan laen yang datang awal dari aku untuk didahulukan. Kali ini aku betul yakin. Aku telah melakukan sesuatu perkara dengan begitu cemerlang sekali. Tidak pernah dalam kamus hidup aku berkelakuan cermat seperti ini. Mungkin pengalaman telah menjadikan aku tidak caca marba lagi. Mengajar aku menghargai masa. Masa tidak pernah menuggu kita.. "Demi masa, sesunguhnya manusia kerugian" aku berbisik nyanyi mengikut melodi lagu raihan.

Kali ini reaksi untuk berwajah senyuman sinis kepada pelanggan laen tidak terfikir lagi dibenakku. Aku nak selesaikan masalah yang telah membelenggu aku dalam beberapa hari ini secepat mungkin. Tapi sayangnya. Petugas JPJ disini jauh lebih kerek daripada pejaga ZOO. Tiada senyuman mesra. Yang ada hanyalah muka penat yang mereka lalui sepanjang hari yang memenatkan. Mungkin mereka sangat penat. Takpelah. Biarkanlah. Janji road tax aku siap, sudah.

Tapi aku rase tak adil hanya dorang berkelakuan penat begitu. Untuk menyeimbangkan keadaan penat dua hala. Aku pun buat muka penat macam pekerja lombong timah. akn ku pastikn mereka penat melihat aku yg lbh penat dr mreka yg xberape penat, aku tambahkan efek2 penat dengan merenjis air di didahi dan di celah ketiak. Baru die tau sape lagi penat kat sini. Biar dorang rasakan penat scare fantasi. Huh~

Akhirnya (versi 2) sampailah giliran aku. Semua dokumen kuserah serentak tanpa takut2 dan penuh bergaya sambil hidung kembang kuncup bangga. Petugas JPJ menyemak-nyemak sambil mencari salah. Aku agaklah. Mencari butiran yang tak lengkap. Manakala di pihak aku terus yakin. Ia lengkap yang sangat dan sangat3 sempurna.

Akhirnya dia dapat mengesan ketidaksempurnaan dokumen yang aku sertakan tadi. Iaitu salinan fotostat ic depan belakang. Pergh! Aku terus tekanan tiba-iba. Tidak mengapa. aku sudah melalui hari yang lebih sukar dari hari ini. Aku berlari anak ke kedai fotostat sambil meninggalkan semua dokumen dengan sebab tidak ingin mengambil no. Giliran semula. Selepas membuat salinan fotostat. Terus aku ke pejabat JPJ kembali memberi kepada petugas JPJ sesegera mungkin. Dengan muke senyum2 sumbing petugas tersebut menerima salinan fotostat tersebut. Dan terus menguruskan prosedur mengeluarkan Road tax baru sambil mengepaw Rm20 dariku kerana menghilangkan road tax tersebut. Huhu.. bertambah kering

Aku puas, sangat puas.. Akhirnya aku tidak perlu serabut memikirkan tentang road tax moto aku lagi.. Yay!!

Satu minggu yang sangat penat dalam diari hidup aku akhirnya berakhir.. hurm~ tamat lah cerita. Jgn lah sesekali mengikat bersama kunci motor & Road tax. sekian terima kasih Dan Selamat beramal

Sentimen pop dalam karangan kontemporari moden..

tajuk hari ini.

aku secara tegas memaksa diri membaca beberapa belog berpengaruh. dengan penuh penghayatan & fokus yg terancang rapi dan kemas. aku telah dapati terdapat beberapa kesamaan yg penuh saksama tntg beberapa fakta. 1st & only adalah berkait rapat tentang pengolahan ayat penulisan. corak penulisan yang dapat aku andaikan, bebaur corak kontribusi skema haram. yang dpt kita lihat spt ingin memberitahu orang ramai merekalah 'pelajar jurusan sastera terakhir'. corak ayat berita tv3 diguna pakai secara jitu dan nyata. dgn menduplikasi stail pengacara2 sopan mahupun berbudi. malah aku juga telah terjumpa onar2 aktif, serta beberapa sebab yg perlu dirahsiakan. atas dasar memelihara ketertiban dan adab penulis belog.

jika trend ini berterusan. aku rasa mungkin kita rakyat malaysia tidak dapat mengenal potensi diri. jika kita amati dan tafsir mimpi secara berperingkat. kita dapati budaya ini tengah subur dan membimbangkan. perkara ini tidak dapat disangkal dengan perdebatan ala-ala komunis mahupun sosialis. ia adalah bentuk penulisan 'indie'. dimana 'indie' bukan bermaksud bebas tetapi mewakili popularisme. rangkuman2 sinopsis berkapita tinggi dengan kondisi realiti tepu tersebut menyebabkan kita enak dibuai beberepa persepsi janggal yang menjadikan kita sekadar populis atau propolis yang berbaga-bagai.




dan.... yang pasti. ayat yang aku tulis ni pun dah macam skema. celaka..
ha ha ha ha ha. aku metertawakan diri sendiri secara beramai-ramai..

Ber-angkeran Sosok Sosok

Rangkap Satu, Kata Mula...

Badan dah mula xsedap, hati jaoh berkelana. " badan shape ala2 joni deep xsemestinya imun dari sakit2". berbisik separa pantun, supaya tak timbul riak. kuasa tuhan aku mane boleh sangkal. " seharusnya aku suda ckp bersyukur kerna msh lg dalam kategori rupawan". aku berbisik lagi. kali ini jaoh lebih perlahan, perkara ini kawan2 ramai dah tahu...

ruma sewa ni dah mula berkonklusi 'angker'. seram-seram buah. meremang bulu melata badan. feel angker berkenaan tandas berbau najis binatang pn xopen stori lg. xpela. aku harus mlakukan sesuatu untuk menteteramkan 'situasi' bak kate abang fes.. aku faham mentaliti bdk ruma sewa ni yg rata-ratanye lepasan SPM, kompom gegel lbh2 lagi walhal dalaman bkaitan angker. xpe slaku graduan lepasan Harvard (Bsc. Hons) merangkap ketua rumah, bia aku layan angker yg sgt seram ni sendiri-sendiri. hati kene cekal" kataku lantang untuk menyedap hati kwn2...

cerita angker ni aku share kat sni...

setiap malam, spt ade bende. sdg mencarik- carik plastik, di bawah katil aku. kejap bunyi, kejap tidak. betul2 menganggu 'setting' tido aku yg ble dkatakn sharp setiap malam. oleh kerana tajuk entry ni berunsur angker, aku wajib untuk xjadi tido dlm situasi tersebut, bg mnjadikan jln cerita lbh cemas & tragis...

mugkinkah kucing sdg bermain plastik di bwh katil? aku tak percaye kucing bole terlepas masuk. mane mungkin kucing. bende bunyi tiap2 hari konsisten. bau taik kucing pn xde. mcm mane pulak bole ade kucing. cite pn kene bersandarkan fakta & logik. baru kwn2 takot. jadi aku konfiden ia bukanlah spt diatas. aku yakinkan diri. hanyalah imaginasi aku je yg bkait rapat dgn halusinasi. mgkin sebab slalu lyn drama samarinda niyang rapik" kataku dlm nada serius pada kudin gud2 yg tlh aku pilih, kerana kewibawaan dlm menyampaikan seminar pada binatang...

aku meneruskan cerita dgn mimik muka seram tipikal. berbekalkan bakat konsep taklimat MLM. cerita disambung semula. kudin gud2 nampak fokus & serius utk tahu, aku jadi suke dan teruja~ dan semalam adalah malam yg ke-23 aku mendengar bunyian angker tersebut. teka-teki angker ini wajib aku selesaikan mlm ini. untuk menyemai benih2 keharmonian kwn2 sesewaan. aku tekad malam ini. aku perlu melihat dgn mata kepala sendiri. aku perlu cari jawapan kpd beberapa persoalan berbangkit. aku tk harus cuak kerana se-angker manapun sosok yg akan aku lihat. ia tetap makhluk ciptaan tuhan, sama spt aku. jadi aku berjanji untuk tidak cuak walau ape pn yang akan terjadi. aku perlu beraksi selaras dgn kapasiti diri aku yang berpendidikan tinggi. dengan ape pun keadaan.

aku bangga, hari ini telah tercipta 1 sejarah utk negara, dgn rasminya tlh menjadi hari paling nekad dalam seumur hidup aku. aku telah menjalani satu transformorsi suai dengan saranan kerajaan. aku bangga bukan kepalang..


...............................................................................................

Rangkap Akhir

dgn muka berpeluh-peluh. aku menjengah direct bawah katil. betape terkejutnya aku bila terlihat sosok2 plastik berterbangan ditiup kipas angin. tak terkejut sgt pun. kerana tiada sosok angker spt yg aku imiginasikan. hanyalah sekadar plastik berterbangan mengikut rentak angin. dan hati aku brtambah lara lagi bila menyedari aku sedang berborak dgn perabot2 build-in yg ada, sedangkan kudin gud2 sedang berseronok melayan mimpi basah sebelum sempat mendengar rangkap akhir, yakni klimaks cerita ini. yg bakal mencorakkan peribadi 'tertekan' kudin gud2 krg2 pun 2 minggu. tapi aku pula yg jadi 'tertekan'. aku tak puas hati. aku repeat on the spot. tangan aku bingkas 'tertekan' bantal kemuka kudin gud2 dgn kental pada waktu perasaan tak percaya cinta mula berputik.... bongkekkkssss!!.

Monday, October 11, 2010

Geram jenis pendam lama

Angin sepoi membantai pipi. Rambut lurus Salim mengurai urai mengganggu dahi. Salim masih mengcangkong belakang rumah. Sedih pistol air idaman tidak mahu dibeli neneknya. Sedang neneknya di dalam rumah masih gagah berleter dengan topik utamanya berkaitan perbandingan. membanding banding kan cucunya salim dengan cucu cucu orang lain…

“ cucu cucu orang lain semua-nya pandai belaka, periksa nombor 1, yang engkau ni menghabiskan beras terer, nombor pun last last, terer ke?” nenek Salim berpencak bicara sambil tangan kumat kamit memotong kuku kaki..

Salim yang masih mencangkong jaoh belakang rumah. Terdengar sayu ton suara neneknya yang agak serak kering ala ala Lan & the typewriter, berleter. Bertambah lah hiba hati Salim. Sudahlah pistol air tidak dapat, Lagi dibanding banding kan nya dengan anak cucu orang lain yang tidak berapa urban & skema..

Terus Salim bergegas masok kerumah mencari nasi. lapar.. tidak deipeduli mata yang masih bergenang sisa sisa air mata kecewa..

“ tu la dia, anak orang laen tu kalau kene marah 2, 3 hari tak nak makan. merajok, kau ni makin kene marah makin kuat makan, ape barang…” kali ni borak nenek salim macam brader brader KL. masih dalam topik perbandingan… Geram sangat bunyinya.. .



………………………………………………….

“ salim tak pernah banding banding kan nenek dengan nenek nenek orang laen” salim bersuara tetapi tangan tetap menyendok nasi… kental dengan pendirian.. berprinsip..

Nenek salim tersentap.. menunggu sambongan ayat ayat yang mungkin makan dalam..

Salim menyambong “nenek nenek orang lain semua dah arwah, nenek bila lagi” air muka salim tenang umpama hilang pedoman, tetapi dari segi gerakan kaki yang pantas menerajang dinding, jelas salim jenis geram pendam lama..

Nenek salim mengetap bibir.. tersentuh dengan amat dalam..

Sunday, October 10, 2010

hari hari yang berkualiti

Aku sedang bersiap siap, hari ini hari paling aku senang. Dengan dibantu beberapa Mak andam yang memang telah digaji lebih 3 tahun oleh aku. Aku mempersiapkan diri untuk ke majlis bersejarah untuk diri aku sendiri. Yakni majlis hari jadi ke-28 aku. Natijahnya, aku tidak pernah fikir untuk meraikan majlis untuk diri sendiri, memang jenis aku tidak meraikan harijadi sendiri.

Tetapi rakan rakan karib aku dari serata dunia sendiri telah memaksa aku untuk menghadiri majlis tersebut yang telah mereka aturkan segala galanya. Mark Zuckerberg & Milley Cyrus watak penting dalam agenda ini. Mereka paling teruja untuk membuatkan aku teruja. Aku suam suam hati merelakan. Mereka kawan karib aku. Ikot sukalah. Aku tak tahu pula Dustbox, Muse, Shiina Ringo malah Metalica telah bersetuju untuk perform pada majlis meraikan aku. Kerja amal kata mereka. Tapi aku telah tidak bersetuju dengan perancangan Mark Zuckerberg untuk mengalu alukan Adam Lambert.. Jangan..


“ hurm, malas la nak dress semat sangat” detik hati yang kadang kadang tidak suka sesuatu yang berlebihan..


Majlis meriah ini telah mereka rancangkan di tingkat paling atas KLCC. KLCC telah diubahsuai ‘Open Air’ untuk menjadikan keadaan lebih riang. Ada antaranya jemputan jemputan biasa Rachman Halim, Carlos Slim Helú, Michael Bloomberg, Ingvar Kamprad, Silvio Berlusconi dan beberapa lagi yang biasa biasa sahaja. Tapi jemputan VVIP mantap mantap belaka, antaranya Hyer Greveieor, Kakiberita & etc.

Sesudah aku bersiap, limosin 5 pintu setia menunggu. Aku melangkah malas keluar dari pintu Istana. Dalam perut limosin bermacam benda mewah yang terletak merata rata. Tidak payahlah aku sebut di sini. Panjang jadinya cerita ini nanti..

Dalam perjalanan aku lelap sekejap…


………………………………………………………………………………………

Aku termenung paling jaoh sesudah tersadar dari lena lelapku…
Aku mengalamun disamping air mata membasahi pipi…
Rasa ingin sahaja menulis lirik lagu tentang semangat & rohani..

“Tapi mimpi malam tadi takdelah best sangat” getus hati aku untuk sedapkan hati…
aku bingkas menyarong seluar slack & baju kemeja kerja tanpa mandi.. Protes mimpi separoh jalan.. untung untung feel mimpi ada lagi.. Aku boleh sambong”…

Friday, October 8, 2010

Nizam dan Dunianya....

Ebob, Nizam Cendawan & Apil biasanye makan tengah hari di kedai Mak Tijah. Laok campor die terbaek, tapi bukan dari ladang mungkin dari kebun. Paling layan kuah tempoyak. Kalo tak basah ketiak pasti berpeluh macam bersukan selepas belahak semangkok dua.

“ wah layan betol laok hari ni” ebob kata sendirian dgn harapan nizam dan apil dengar..

“ tu la, bukan kau tak tahu. Dah dekat 2 taon kite makan kat sini” seloroh Nizam mahu berlalu membilas tangan di cerok belakang dapor kedai mak tijah..

“ Aik nizam, basoh tangan, nak makan pakai tangan ke? Selalu kalo tak ada sudu kau sanggup tak nak makan ” tanye Apil melihat Nizam pura pura membasuh tangan… nizam daring tajam ke mata apil tanda geram.. nizam pendam geram kejap, basuh tangan dulu. Hari ini hari jumaat kene rilek rilek..

“ kenape perli aku nak makan pakai tangan? Kau tahu tak makan pakai tangan ni sunnah Nabi, kau persoalkan aku umpama kau bermain main dengan soalan kau ” nizam terus merepek sesampai dari membasuh tangan. nizam sendiri merendah diri dengan jawapannya yang tak cukup strong, menyimpang dari asas topik hari ini…


Ebob dan Apil terus menikmati juadah yang telah mereka pilih sendiri tadi. tanpa mempedulikan nizam yang masih merepek yang bukan bukan.. penat merepek, nizam bingkas makan perlahan..



“ Aik, tadi apil terkejut tengok ko makan pakai tangan, kali ni aku sendiri terkejut dengan tahap kesopanan & corak pengunyahan makanan kau, sangat sistematik ” jerkah ebob tertekan melihat nizam cuba memperlahankan keadaan

“ sorang lagi yang tak tahu erti kesopanan, kau tahu kan makan tidak perlu terlalu gelojoh, Makruh. dan kunyahan perlulah betol betol lumat untuk sistem penghadaman yang sihat” kali ini nizam jawab macam tidak berapa merepek.. persis AJK Persatuan Perbahasan..

Ebob & apil mengalah, teros bersabar dengan beberapa tindakan Nizam yang diluar jangkaan hari ini. Sambil Nizam menguyah makan perlahan, Nizam tidak terlepas usha kiri kanan. Seperti ingin memastikan sesuatu.


...............................................................................
Lepas 30 minit. Kelihatan gerombolan marhaen & orang orang kebanyakkan keluar berpusu dari pagar utama masjid berdekatan dengan berketayap, bersiap siap pulang selepas selesai solat.

“ kenape hari ramai orang berjemaah kat masjid? ” tanye Apil perlahan..

“ sebab hari ni kan jumaat, aku pun baru perasan lepas tengok nizam habis makan ” terang ebob padat disertakan kesimpulan ringkas, rasa sedikit terganggu selepas dapat menangkap tujuan nizam melengah lengah kan masa tahadi...


Sejurus lepas melihat situasi tersebut. Maka dapat difahamilah mengapa nizam berkelakuan ganjil hari ini. tidak cukup itu, ia turut membabitkan Apil & Ebob untuk turut terlalai dalam membahagikan masa untuk makan dan solat jumaat...



... dan mungkin juga nizam betol betol terlalai.. dan mungkin juga nizam betol betol ingin menjaga kesopanan.. dan mungkin juga terdapat beberapa ratus kemungkinan yang lain lagi... Ebob & Apil menadah tangan, berdoa agar nizam diberi petunjuk

Thursday, October 7, 2010

Kucar & Kacir

biasanya jika berdepan masalah, kucar steady. tapi hari ni kucar agak pucat menanti sesuatu. kacir memang tidak pernah steady. jika kucar tak tenang dan steady, kacir akan menambahkan kecalaruan yang sudah ada...

"kau rasa kan kacir, loan beli kete kancil tu lepas ke tak?" soal kucar terus ke muka kacir.

"aku rasa xlepas, mcm susa je" jawab kacir mcm gelabah & direct, sambil kaki tersadung joran yang dilintang tengah ruang..

"aish, tapi aku rase tak mungkin lah, kita punye bank statement ade, finacial strong" balas kucar steady kepada kacir yg dari tadi cuba memanjat syiling...

"entahla mengikut firasat aku tanpa ayat sedap sedap hati, mmg xlepas" dgn nafas teresak-esak, kacir menjawab.. kali ni 4 kali cemas seperti tadi malah kacir sudah berlari-lari diatas selangka syiling sambil sekali sekala kepala berlaga atap..

"wargh... xbole macam ni, kancil ini penting untuk kita ke mana mana, itu pengangkutan asas kita" balas kucar nampak lebih press, tekanan darah memuncak .. peluh menjurai sedikit sedikit sekitar dahi..

"ye kite akan susah, aku dah jangka dari awal lagi ketika perkara ini berbangkit" kacir menjawab sebelum sempat mukenya luruh tersembam ke lantai sekitar tandas akibat gagal memijak tempat yang sepatutnya..



akhirnya keadaan jadi kucar-kacir.. sekian..

tak klik, dia gila