Sunday, October 10, 2010

hari hari yang berkualiti

Aku sedang bersiap siap, hari ini hari paling aku senang. Dengan dibantu beberapa Mak andam yang memang telah digaji lebih 3 tahun oleh aku. Aku mempersiapkan diri untuk ke majlis bersejarah untuk diri aku sendiri. Yakni majlis hari jadi ke-28 aku. Natijahnya, aku tidak pernah fikir untuk meraikan majlis untuk diri sendiri, memang jenis aku tidak meraikan harijadi sendiri.

Tetapi rakan rakan karib aku dari serata dunia sendiri telah memaksa aku untuk menghadiri majlis tersebut yang telah mereka aturkan segala galanya. Mark Zuckerberg & Milley Cyrus watak penting dalam agenda ini. Mereka paling teruja untuk membuatkan aku teruja. Aku suam suam hati merelakan. Mereka kawan karib aku. Ikot sukalah. Aku tak tahu pula Dustbox, Muse, Shiina Ringo malah Metalica telah bersetuju untuk perform pada majlis meraikan aku. Kerja amal kata mereka. Tapi aku telah tidak bersetuju dengan perancangan Mark Zuckerberg untuk mengalu alukan Adam Lambert.. Jangan..


“ hurm, malas la nak dress semat sangat” detik hati yang kadang kadang tidak suka sesuatu yang berlebihan..


Majlis meriah ini telah mereka rancangkan di tingkat paling atas KLCC. KLCC telah diubahsuai ‘Open Air’ untuk menjadikan keadaan lebih riang. Ada antaranya jemputan jemputan biasa Rachman Halim, Carlos Slim Helú, Michael Bloomberg, Ingvar Kamprad, Silvio Berlusconi dan beberapa lagi yang biasa biasa sahaja. Tapi jemputan VVIP mantap mantap belaka, antaranya Hyer Greveieor, Kakiberita & etc.

Sesudah aku bersiap, limosin 5 pintu setia menunggu. Aku melangkah malas keluar dari pintu Istana. Dalam perut limosin bermacam benda mewah yang terletak merata rata. Tidak payahlah aku sebut di sini. Panjang jadinya cerita ini nanti..

Dalam perjalanan aku lelap sekejap…


………………………………………………………………………………………

Aku termenung paling jaoh sesudah tersadar dari lena lelapku…
Aku mengalamun disamping air mata membasahi pipi…
Rasa ingin sahaja menulis lirik lagu tentang semangat & rohani..

“Tapi mimpi malam tadi takdelah best sangat” getus hati aku untuk sedapkan hati…
aku bingkas menyarong seluar slack & baju kemeja kerja tanpa mandi.. Protes mimpi separoh jalan.. untung untung feel mimpi ada lagi.. Aku boleh sambong”…

No comments:

Post a Comment

tak klik, dia gila