Thursday, February 24, 2011

LOKASI ANGKER #3



Assalamulaikum. Skuad pemuda RMSU telah pun melakukan tinjauan lokasi yang ke-3. tinjauan tersebut dioperasikan pada malam 24/2/2011 (malam jumaat). macam biasa gua mencari line-up untuk menyertai kembara skuad ini. ini kerana anggota2 kental dan utama kebanyakkan shift malam.

kami membuat perbincangan untuk ke lokasi #3 pada mlm tersebut. tetapi cuma gua ngan seorang lagi anggota yang 'available'. mungkin malam jumaat, sambutan kurang. itu gua tak tahu. jadi oleh kerana skuad malam ini hanya 2 orang. Gua & Am. kami bercadang ke lokasi angker #3 dengan hanya menaiki motor sahaja. dan kami memilih satu lokasi yang terletak di dalam daerah klang. dimana kawasan perumahan yang masih ada satu lapangan hutan kecil terperosok disebelah tepi perumahan tersebut. dimana dapat dilihat pokok - pokok yang besar & tua di dalam hutan kecil itu.

kami memilih tempat ini kerana ada cerita-cerita dari orang dikawasan perumahan yang pernah melalui pengalaman terserempak dengan sosok-sosok atau lembaga-lembaga yang bermacam macam genre. jadi kami rasa kawasan malam ini adalah bertepatan & suai dengan feel malam jumaat yang mulia ini. dengan sedikit bacaan dan lapang dada kami pun bergerak.

aktiviti skuad hanya meninjau-ninjau, dengan mengambil beberapa capture ditempat yg dipercaya orang kampung sebagai 'ada' . gambar ada dibawah :










selepas meninjau kawasan di sekitar perumahan. kami terus bergegas masuk kedalam hutan kecil tersebut utk mengambil beberapa capture untuk dianalisis. kami beranikan diri untuk masuk sehingga ke suku hutan, dan ini hasilnya:










selesai sudah tinjauan kali ini, kawasan ini amat sesuai jika ingin melakukan operasi lanjutan. Sebelum kami ber-2 pulang. gua menerima panggilan dari salah seorang anggota skuad yg mengikuti operasi sebelum2 ini, namanya dirahsikan. gua mendengar kisahnya perlahan-lahan.

Dan apa yang gua boleh bantu hanya menasihatkan beliau supaya positif. sentiasa positif. kita umat islam wajib percaya pada benda ghaib. dan ia juga makhluk tuhan sama seperti kita. gua percaya jika kita tidak diselubungi rasa muram dan gundah, berjiwa kuat dengan sentiasa positif nescaya ia tidak memudaratkan sama sekali. banyakkan baca ayat ayat suci. kalau benda semakin serius, gua tegaskan supaya beliau cepat2 info pada gua. apa isi ceritanya gua tidak bulih cerita. gua menghormati permintaan beliau.

akibat dari beberapa perkara yang terjadi. gua nasihatkan diri sendiri dan juga kawan2 semua, kalau betul2 minat untuk pergi kawasan yang bukan tempat kita. pergilah dengan penuh etika dan tanggungjawab. Wasalam.

tak klik, dia gila