Tuesday, June 8, 2010

ENGLAND DAH SEDIA

RUSTENBURG: Wayne Rooney berazam untuk mempamer aksi cemerlang pada perlawanan pembukaan Kumpulan C menentang Amerika Syarikat, Sabtu ini dan keazaman penyerang England itu lahir selepas aksi skuad berkenaan dikatakan tidak begitu memberangsangkan.
Anak buah Fabio Capello dilihat tidak begitu meyakinkan ketika perlawanan pemanas badan menentang Mexico dan Jepun dan prestasi hambar itu terus terpamer ketika menentang kelab Afrika Selatan, Platinum Star walaupun berjaya menang 3-0.


England bagaimanapun kelihatan lebih tajam selepas kemasukan Rooney pada babak kedua dan penyerang Manchester United itu merencana gol kedua pasukannya sebelum dia sendiri menghasilkan gol ketiga.


“Ia aksi yang cukup baik, kami perlu menumpukan perhatian dan saya dapat bermain selama 45 minit. Saya sangat gembira,” kata Rooney.


“Saya fikir kami sudah ada apa yang kami perlukan. Saya berharap dapat meningkatkan lagi permainan saya tetapi sepanjang 45 minit itu, saya sangat gembira.


“Kami sudah bersedia - ini adalah perlawanan persediaan kami dan perlawanan sebenar akan bermula Sabtu ini. Saya tidak sabar menunggu hari itu. Lebih cepat ia berlangsung, lebih bagus.” Bagaimanapun Capello kelihatan berang dengan aksi yang dipersembahkan anak buahnya dan beliau tidak langsung duduk di bangku simpanan sepanjang babak kedua permainan.


Pengendali itu memilih formasi 4-4-2 pada babak pertama kerana ketiadaan Rooney manakala penjaga gol Manchester City, Joe Hart mungkin diturunkan di Rustenburg, Sabtu ini.


Aksi Rooney pada perlawanan semalam turut menyaksikan dia dikenakan kad kuning sekali gus mengingatkan semula kepada apa yang berlaku pada suku akhir Piala Dunia 2006 apabila dia dikenakan kad merah kerana mengasari lawan dan England tewas menerusi penentuan penalti kepada Portugal.


Rakan sepasukannya, Jermain Defoe bagaimanapun percaya Rooney tidak boleh meninggalkan aksi agresifnya terutama pada perlawanan penting.


“Apabila anda bersemangat, aksi anda akan bertukar agresif dan itu adalah petanda baik,” kata Defoe. “Jika sikap itu tiada pada Wayne, dia pastinya bukan Wayne yang kita kenali.” Defoe menyokong pandangan Rooney yang menyebut England sudah bersedia mengibar cabaran lebih bermakna pada Piala Dunia kali ini.


“Semua pemain dahagakan kejayaan. Kami mahu menang. Kami akan memikirkan mengenai lawan kami apabila tiba masanya tetapi saya rasa kami sudah pun mempunyai semangat untuk menang.

“Kami mencatat kemenangan dalam perlawanan ujian dan kami mahu keadaan itu berterusan pada saingan sebenar nanti.” - AFP

_________________________________________________________

Doktor proses ubat batuk di rumah

Doktor proses ubat batuk di rumah
2010/06/09

SHAH ALAM: Tugasnya sebagai doktor sepatutnya membantu pesakitnya sembuh, tetapi lain pula yang berlaku apabila dia membuatkan pesakit terutama Mat Gian bertambah sakit dengan menjual ubat batuk haram kepada mereka.
Pengamal perubatan yang mempunyai klinik sendiri itu menjadikan rumahnya di Taman Sungai Kapar Indah, Klang, sebagai pusat memproses ubat batuk sebelum dipercayai dijual kepada penagih dadah dan pengedar.

geng2 ubat batuk

Helah doktor lelaki berusia 49 tahun terbabit bagaimanapun terbongkar apabila rumahnya diserbu sepasukan polis Jabatan Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Sabtu lalu dan polis menemui ribuan pil terlarang dan 24 botol ubat batuk bersaiz empat liter.


Difahamkan, campuran semua ubat-ubatan itu mampu membuatkan seseorang itu berkhayal dan menjadi ketagih seperti yang biasa dilakukan penagih.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata sebelum polis membongkar kegiatan doktor itu, polis terlebih dulu menahan seorang lelaki dalam sebuah rumah berhampiran, kira-kira jam 12.30 pagi hari sama.


“Hasil pemeriksaan ke atas lelaki berusia 39 tahun itu, polis menemui 23 botol (empat liter) dan 144 botol (120 mililiter) berisi cecair disyaki kodein,” katanya.

_________________________

pelik2.. doktor pun nak cari duit lebih...
kalo pekerja biasa macam mane??
logik la jenayah adalah sesuatu yang sangat memberasangkan..
kerana ia satu jalan pintas untuk berjaya

sedangkan doktor pun cari duit lebih
ni kan lagi pekerja kilang..
ni kan lagi pekerja biasa..
apa sebab ini macam boleh jadi bai??

Raja seluar dalam dicekup

Raja seluar dalam dicekup
Oleh Hadzlan Hassan
2010/06/09



KUALA TERENGGANU: Serbuan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang ke sebuah rumah di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang, untuk memberkas pengedar dadah membawa penemuan mengejutkan apabila bukan dadah yang

ditemui, sebaliknya kira-kira 400 seluar dan baju dalam wanita terpakai.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin itu, polis yang menyerbu rumah itu untuk urusan pertuduhan kes dadah menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang bertugas sebagai pembantu kesihatan awam.

Difahamkan, suspek yang pernah bertugas di Dungun dan Marang sebelum ini didapati dua kali positif ujian dadah jenis methamphetamine, malah ketika serbuan dan pemeriksaan di rumahnya, lelaki itu didapati memakai seluar dalam wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, lelaki itu mengaku mencuri semua pakaian dalam berkenaan daripada ampaian rumah penduduk sekitar Marang dan Dungun.

Menurutnya, ‘raja seluar dalam’ itu penagih pil kuda dan gemar memakai pakaian dalam wanita sejak di bangku sekolah menengah, malah dikatakan mempunyai minat pelik dengan mengumpul pelbagai jenis pakaian dalam wanita.

“Dia pernah bertugas di Dungun dan Marang mengaku mengumpul semua 400 pakaian terpakai itu sejak tahun lalu ketika berkhidmat di kedua-dua daerah berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai khususnya wanita yang tinggal sekitar dua daerah berkenaan yang mungkin kehilangan pakaian dalam supaya segera membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan.

“Kami sedang bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah di kedua-dua daerah berkenaan untuk mengesan kemungkinan terdapat mangsa yang membuat laporan berhubung kehilangan pakaian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama kira-kira jam 5.30 pagi semalam, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 23 tahun di sebuah rumah di Alor Limbat, Marang.

Penahanan dibuat selepas polis menemui 60 pil kuda bernilai RM2,400 daripada kumpulan berkenaan dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

RADHI OAG - Talak satu

Talak satu
Oleh Murni Wan Omar
2010/06/09


PETALING JAYA: Akhirnya kemelut yang melanda rumah tangga vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali dengan Shazlin Sharif berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penyanyi itu.

BERMAAFAN...Radhi bersalaman dengan Shazlin selepas disahkan bercerai talak satu.

Tepat pada jam 3.05 petang, Radhi, 33, dan Shazlin, 32, yang juga bekas penyanyi kumpulan GIM itu disahkan bercerai talak satu oleh Hakim Syarie Tuan Fazil Che Hasan.

Terdahulu, Shazlin yang diwakili peguam syarie Rubiah Jaffar memaklumkan kepada mahkamah pada 16 Oktober 2009, kedua-dua pihak membuat perjanjian dan menandatangani persetujuan berhubung nafkah edah, mutaah dan nafkah anak.

Radhi diwakili peguam syarie, Musa Awang mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk melafazkan cerai secara baik melalui kebenaran mahkamah.

Menjawab pertanyaan hakim, Rubiah memaklumkan anak guamnya sudah tidak menetap bersama dengan Radhi sejak 2008.

Hakim kemudian membenarkan permohonan itu dan mengarahkan sijil nikah pasangan itu dibatalkan dan perceraian perlu direkodkan di Jabatan Agama Islam Daerah Petaling.

Mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama mereka iaitu Radhi bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM3,000, tiada tuntutan mutaah dikemukakan dan nafkah anak mereka Muhammad Rifdhi Muslim, 5, sebanyak RM460 sebulan.

Radhi juga bersetuju membayar insurans pendidikan RM200 sebulan dan bayaran itu dibuat sebelum atau pada 1 hari bulan setiap bulan.

tak klik, dia gila