Wednesday, February 23, 2011

LOKASI ANGKER #2


Trip edisi angker sudah masuk ke lokasi ke-2, pada malam 23/2/2011 kami berbincang dengan beberapa anggota skuad edisi angker yang ada, lebih kurang 8 orang. semasa berbincang berkaitan lokasi yang ingin kami pergi. Masih ada anggota skuad yang bermulut lancang. mungkin tiada pengalaman. Walaubagaimanapun, skuad masih positif dan bersemngat untuk meneruskan operasi. selepas selesai berbincang, yang sepakat untuk pergi hanya 3 orang sahaja. selebihnya tarik diri sebab rasa tidak sedap hati. brader lancang pergi. gua mesti pergi. apa nak jadi, jadilah.

Lokasi kami masih disekitar Seksyen 2, Shah Alam. Chief skuad (rauf) tunggu disana dengan seorang anggota baru. jadi berbekalkan semangat dan sedikit ayat-ayat, kami bergerak.

Gua, Wak, Am, Rauf & Anggota baru, semua berjumlah 5 orang.
kami sepakat jumpa disekitar Wet world. disini cerita bermula.

ambik gambar dulu, gua malas nk kira berapa orang dlm gambar.
sori tempat gelap sangat. celik celik kan lah mata anda.


kami tertarik dengan kedudukan pokok tua & besar.
yang betul2 berada didalam kawasan rumah tersebut.
brader lancang masih hepi hepi.
excited katanya. gua hanya berdoa.


benda alah ni efek cahaya atau lens kotor gua rasa. gua rasalah.


ini pun sama, ada clash cahaya sana sini bikin gambar kotor.
jgn fikir bukan2. positif2. brader lancang muka ada sedikit berubah.



ini paling banyak, gua rasa banyak sangat input cahaya.
atau flash? atau apa2 la yg logik dan bersifat sain saikologi.


Paling besar. layan kan lagi. brader lancang nak lepak kereta. boring katanya.
tapi muka semacam cemas. gua angguk. 'hati-hati' kata gua dlm nada sederhana


ini gambar bikin kitaorang berubah hati.
benda dicapture ternyata dibelakang pagar.
ini bukan gangguan cahaya atau lens kotor. fffuuuuuuuu!?

selepas selesai dan puas dengan gambar yang ada. kitaorang bergerak.
brader lancang masih di dalam kereta. berani juga dia sorang2.
brader lancang hanya berbaring. pitam katanya.

tugas memandu kereta diserahkan pada gua.
kami bersepekat utk lepak minum dulu. sampai dikedai minum.
brader lancang & seorang lagi ahli skuad tidak sedap badan & sedikit pitam.
kami hanya membiarkan mereka ber-2, brader lancang bebaring tepi bahu jalan.
seorang lagi anggota hanya bercangkong berdekatan kereta.


brader lancang mungkin tak berapa sihat hari ini.
gua sedapkan hati sendiri. rumah jauh lagi.

skuad ke kedai minum untuk berehat , gua layankan.
walaupun waktu sudah hampir pagi.




kat sini pun ada. gua rasa ada yang tak kena malam ini.

kita tunggu perkembangan brader lancang dalam 2 - 3 hari ini. sekian.


benda alah mcm cahaya tu gua dapat kenal pasti sebagai Orbs.
macam macam teori ada. nak survey-survey tengok kelik sini

tak klik, dia gila