Monday, January 17, 2011

Bola sepak Myanmar

Pada masa kini teknologi semakin meninggi. segala bentuk
teknologi yg manusia reka dalam filem semua bulih bikin.
kombinasi pintu suka hati dan gerakan sejenak masih dalam kajian.

teknologi yang canggih tersebut menyebabkan manusia kian malas.
biarpun malas tapi kerja makin pantas. pantas dengan atitude.

dalam kaitan perkara diatas tanpa disedari Myanmar dan
rakyatnya cuba menjadi sebahagian daripada agenda canggih tersebut.
secanggih farmville online facebook & poker zynga..

cara Mereka aplikasikan diri, simple.. iaitu dengan
beraksi mantap dalam bermain bola sepak diperingkat asia tenggara.
berbekalkan teknik mengejar, dan memarap pemain lawan dalam stamina tinggi.
sehinggalah teknik tendangan gunting kepala jatuh ketanah dahulu..

Myanmar berjaya melakukan. tanpa mengagungkan kecanggihan dan
berbekalkan negara bapa komunis. nama negara mereka masih, malah sering
disebut sebut pengulas berita sukan. bayangkan sering disebut sebut
pengulas berita sukan. betapa teruja situasi dan keadaan itu,
ada bayangkan sendiri.. walaubagaimanapun..... cukup mencukupi..

anda bulih? jangan cemburu. tidak elok... angguk dan dalaminya umpama
penulisan ini sesimbolik pengertian 'interlok' dan umpama tulisan
ini cetusan akal leonardo da vincci.. bagi menaikkan semangat anda
untuk mengkaji isi yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar binatang jinak.




disini kita lihat. untuk nama Negara disebut didalam TV.
kita perlu bermaen bola sepak secara sembarang.. semudah itu..

Tanggungjawab

Pagi yang hening. sudah berapa tahun tidak pernah bangun pagi..
tapi hari ni bukan terpaksa, dengan rela seluroh hati..
gua gadaikan waktu tidur gua yang sentiasa cukup..
untuk menyelaraskan rutin wajib seorang insan berkapasiti mithali..


Yakni.. untuk ke pasar pagi.. beli sayur dan ikan untuk keperluan keluarga..
haa.. gua bergurau..


Apa kerja ke pasar.. gua bangun pagi untuk berjoging. untuk sihatkan badan..
haa. gua bergurau..


Sebenarnya gua nak tolong ibu dan ayah menebas semak depan rumah yang
tinggi paras tengkok..
haa. gua bergurau..


ni yang terakhir dan serius.. gua sebenarnya nak pegi majlis keilmuan,
menelaah perkara perkara intelek dan berbudaya tinggi..
haa.. gua bergurau..





selamat bergurau, dan bergurau dengan selamat...

tak klik, dia gila