Monday, January 31, 2011

dialog 3

" Habislah perniagaan kedai makan yang aku usahakan selama ini bakal gulung tikar" mina mendengus sambil berkata kata. kejap berkata kata kejap mendengus. mina tak bagi pilihan. dia buat dua perkara serentak. rimas rakan rakan yang ada disekitar.



"kenapa mina? kenapa? why? why?" tanya seman, semak semacam nadanya. menambah rimas yang sedia ada.

"macam mana kau tahu kedai makan kau nak gulung tikar? bila tarikh? bagi satu tarikh supaya aku bulih usahakan sesuatu" seman lagi, kali ni bukan setakat semak, bahkan senak. ntah apa apa si seman. kalau diberi ruang bercakap. beginilah gayanya. satu kampung bulih jadi panas baran.



"aku tau la, Mark Zuckenberg kata 15 march ni FB tutup, tak gulung tikar cafe world aku yg selama ni aku usahakan secara gigih dan berusaha" mina menjawab macam minta tendangan percuma. macam.



"oh ye tak ye gak, ada logik kata kata kau ni" seman melayan, cuma bezanya seman nampak serius untuk menerima tendangan percuma. dia betul betul sudah bersedia..

Sunday, January 30, 2011

Jgn mcm2

Dalam diri ini terdapat pelbagai rasa yang bercampur baur. dan rasa tersebut lahir semulajadi tanpa dipaksa paksa. tetapi kadang kadang dipaksa juga. kadang kadang semulajadi, justeru ada masa bulih dipaksa paksa. ia menjadi konfius kadangkala. dan geram kedangkala, situasi bertambah rumit apabila kita ingin menegaskan samaada ia geram atau konfius.

menyebabkan kita sebagai umat manusia menjadi insan dengan acuan semulajadi yang kita sendiri tidak dapat memilih untuk jadi bagaimana. tetapi kadang kala kita bulih pillih jadi bagaimana. dan kadang kala kita tidak bulih pilih jadi bagaimana. dan kadang kadang konfius yang bagaimana perlu bagaimana. malah sehingga kadangkala kita tidak tahu samaada kita ada minta satu penendang!


pokoknya. jangan berborak macam keling!

Hari paling gembira 29 & 30 / Januari / 2011

hari paling gembira bagi
Rakyat Negara China yang bekerja di Kelantan..

FFFFAAAAA!

Tuesday, January 25, 2011

Entry penuh unsur Islamik & tasawuf

Perenggan Pertama..
Ingatlah wahai manusia. Semua yang terjadi adalah atas kehendak Dia yg Maha Kuasa. kita sebagai umat melayu juga islam harus mempercayai qada' & qadarNya. Sesungguhnya ia tidak dapat ditidakkan dalam menghalalkan satu satu cara. dalam hidup ini kita harus menghayati hidup dengan penuh syukur dan redha keatas segala nikmat dariNya. segala bentuk ranjau hidup kita harus tadah dengan lapang dada. sekian.


Perengaan Ke-dua
tapi kalau lu pinjam duit dan tak reti nak pulang balik. sampai nak tunggu gua kata sesuatu berkaitannya atau nak tunggu gua bagi klu atau tadah2 tangan macam pura pura terima hutang dari lu, depan muka lu, secara imijinasi. apa kejadahnya ini semua.. kami di Aduan Rakyat memboikot perangai lu secara tak tentu hala..







Sinopsis cerita
jangan kaitkan pemahaman semantik dalam menyamakan perenggan satu dan perenggan dua secara terang-terangan. tolong jangan guna klausa perengaan pertama dan bajet ia satu hujah kuat dalam mempertahan kes perenggan kedua. jangan sesekali adaptasi nilai nilai islamik dalam kes buat buat lupa. Tolong jangan kata ini antara peringkat tasawuf tertinggi sedangkan lu tak faham apa itu tasawuf. ini bukan kes ketentuanNya..

ini kes lu punya perangai tak senonoh..
ini kes lu mintak pakej terajang berkombinasi..

Monday, January 24, 2011

Stuff : Jersey MU Lama (SHARP)

Stuff : Jersey MU Lama (sharp)



SIZE : L
baju MU lama.. kalau betol2 true la..
minat bgtau kat ruangan komen..

Monday, January 17, 2011

Bola sepak Myanmar

Pada masa kini teknologi semakin meninggi. segala bentuk
teknologi yg manusia reka dalam filem semua bulih bikin.
kombinasi pintu suka hati dan gerakan sejenak masih dalam kajian.

teknologi yang canggih tersebut menyebabkan manusia kian malas.
biarpun malas tapi kerja makin pantas. pantas dengan atitude.

dalam kaitan perkara diatas tanpa disedari Myanmar dan
rakyatnya cuba menjadi sebahagian daripada agenda canggih tersebut.
secanggih farmville online facebook & poker zynga..

cara Mereka aplikasikan diri, simple.. iaitu dengan
beraksi mantap dalam bermain bola sepak diperingkat asia tenggara.
berbekalkan teknik mengejar, dan memarap pemain lawan dalam stamina tinggi.
sehinggalah teknik tendangan gunting kepala jatuh ketanah dahulu..

Myanmar berjaya melakukan. tanpa mengagungkan kecanggihan dan
berbekalkan negara bapa komunis. nama negara mereka masih, malah sering
disebut sebut pengulas berita sukan. bayangkan sering disebut sebut
pengulas berita sukan. betapa teruja situasi dan keadaan itu,
ada bayangkan sendiri.. walaubagaimanapun..... cukup mencukupi..

anda bulih? jangan cemburu. tidak elok... angguk dan dalaminya umpama
penulisan ini sesimbolik pengertian 'interlok' dan umpama tulisan
ini cetusan akal leonardo da vincci.. bagi menaikkan semangat anda
untuk mengkaji isi yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar binatang jinak.




disini kita lihat. untuk nama Negara disebut didalam TV.
kita perlu bermaen bola sepak secara sembarang.. semudah itu..

Tanggungjawab

Pagi yang hening. sudah berapa tahun tidak pernah bangun pagi..
tapi hari ni bukan terpaksa, dengan rela seluroh hati..
gua gadaikan waktu tidur gua yang sentiasa cukup..
untuk menyelaraskan rutin wajib seorang insan berkapasiti mithali..


Yakni.. untuk ke pasar pagi.. beli sayur dan ikan untuk keperluan keluarga..
haa.. gua bergurau..


Apa kerja ke pasar.. gua bangun pagi untuk berjoging. untuk sihatkan badan..
haa. gua bergurau..


Sebenarnya gua nak tolong ibu dan ayah menebas semak depan rumah yang
tinggi paras tengkok..
haa. gua bergurau..


ni yang terakhir dan serius.. gua sebenarnya nak pegi majlis keilmuan,
menelaah perkara perkara intelek dan berbudaya tinggi..
haa.. gua bergurau..





selamat bergurau, dan bergurau dengan selamat...

Sunday, January 16, 2011

Sopan santun tidak terperi

Orang Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut,
berbudi bahasa, sopan santun dan hormat orang tua.

sifat itu terpencar pencar.. kalau makan dengan kawan.
berebut rebut semua ingin bayarkan. sopan dan tawaduknya perangai.

kalau jumpa orang tua. salam cium tangan. lintas depan, tunduk.
tangan sampai seret ke lantai. tidak meninggi suara.

dulu la. sekarang tidak tahu.

begitulah sopannya budaya orang melayu ini.
sangat padu dan eloknya budi bahasa.





tapi mana pergi sifat2 murni tersebut..
paksa kawan kawan downline MLM gaya ah-long....

kes kecurian yg membimbangkan

kes kecurian amat membimbangkan dimalaysia.
seringkali kes pecah rumah berlaku dimana mana.
bagaimana cara menanganganinya pun kita tidak tahu.

tetapi bagi mereka yang bukan melayu. mereka ada cara.
cara mereka agak praktikal. bela anjing.
agak praktikal. pencuri pun fikir banya kali.
baik buat operasi di ruma org yg tidak ada anjing.
kuat kuat kena pukul sampai mati.. semudah A, B, C ..





tapi apa kerpeluan lepas anjing time budak2
nak pegi/balik sekolah? apa keperluan?

tapi apa keperluan gigit kaki adik aku?
bukan kaki adik orang lain? apa keperluan?

Friday, January 14, 2011

ujikaji makmal

dalam satu situasi, rancangan mencungkil bakat


"kenapa panas ni gayah" kata cik nok

"mcm mana tak panas, ekon tak buka" kata si gayah

"aku da buka ekon" kata cik nok lagi

"la.. mcm mana nak buka ekonnya, cik nok guna remote tv, bkn remote ekon"
kata si gayah...


diam seketika...........................




sebelum ada satu bunyi berdekah dekah.....


ha ha ha ha............. bunyi ketawa da start..
semangat joke mcm dan masuk dalam jiwa sapa ntah...
lawak sudah mula difahami..



tapi hanya-nya.. cumanya.......
bunyi ketawa dari cik nok dan si gayah ..



orang lain tak ambil pot sangat..
menjadi persoalan kenapa hanya mereka berdua ketawa..
sehingga di bawa ke bilik makmal kalis cahaya..
untuk diujikaji puncanya..

elok sgt..

dialog 2

"pam 8, 6 ringgit" kata gua sempoi mcm tuan punya badan..

"kan da tulis pam kuning rosak" bebel cashier pam minyak smbil jeling motor cup gua...

"so?" jawab gua ringkas.

"cari la pam kuning yg elok... ermm.. atau nk pam hijau?" cashier buat2 tanya..

"bukan, pam warna kelabu turqoise glow in the dark" gua menjawab..

dialog 1

"kasi roti satu, nescafe tarik satu" jerkah kadar sederhana gua pada satu mamat belia india rupa stail mamak tipikal mapley..

"saya bukan kerja sini la brader, jangan malu sangat brader, ini biasa jadi pada saya dan orang awam macam brader, brader jangan rasa mau bunuh itu diri " sound mamat belia india rupa stail mamak tipikal mapley pada gua yang kerap lansi. cakap ayat bertabur tabur.. mamat belia india rupa stail mamak tipikal mapley tu konfiden yang gua malu sebab ambik order pada dia.. apa benda..

"aku tau la bangang. dah tau muka macam mamak mapley, jangan berdiri pura2 cari kawan, rimas.. rimas.. rimas" kata gua kasi keadaan tenang..

tak klik, dia gila