Monday, October 11, 2010

Geram jenis pendam lama

Angin sepoi membantai pipi. Rambut lurus Salim mengurai urai mengganggu dahi. Salim masih mengcangkong belakang rumah. Sedih pistol air idaman tidak mahu dibeli neneknya. Sedang neneknya di dalam rumah masih gagah berleter dengan topik utamanya berkaitan perbandingan. membanding banding kan cucunya salim dengan cucu cucu orang lain…

“ cucu cucu orang lain semua-nya pandai belaka, periksa nombor 1, yang engkau ni menghabiskan beras terer, nombor pun last last, terer ke?” nenek Salim berpencak bicara sambil tangan kumat kamit memotong kuku kaki..

Salim yang masih mencangkong jaoh belakang rumah. Terdengar sayu ton suara neneknya yang agak serak kering ala ala Lan & the typewriter, berleter. Bertambah lah hiba hati Salim. Sudahlah pistol air tidak dapat, Lagi dibanding banding kan nya dengan anak cucu orang lain yang tidak berapa urban & skema..

Terus Salim bergegas masok kerumah mencari nasi. lapar.. tidak deipeduli mata yang masih bergenang sisa sisa air mata kecewa..

“ tu la dia, anak orang laen tu kalau kene marah 2, 3 hari tak nak makan. merajok, kau ni makin kene marah makin kuat makan, ape barang…” kali ni borak nenek salim macam brader brader KL. masih dalam topik perbandingan… Geram sangat bunyinya.. .



………………………………………………….

“ salim tak pernah banding banding kan nenek dengan nenek nenek orang laen” salim bersuara tetapi tangan tetap menyendok nasi… kental dengan pendirian.. berprinsip..

Nenek salim tersentap.. menunggu sambongan ayat ayat yang mungkin makan dalam..

Salim menyambong “nenek nenek orang lain semua dah arwah, nenek bila lagi” air muka salim tenang umpama hilang pedoman, tetapi dari segi gerakan kaki yang pantas menerajang dinding, jelas salim jenis geram pendam lama..

Nenek salim mengetap bibir.. tersentuh dengan amat dalam..

1 comment:

tak klik, dia gila