Monday, June 7, 2010

Drogba cetus ceria



JOHANNESBURG: Didier Drogba akan kembali menyertai skuad Piala Dunia Ivory Coast selepas dia menjalani pembedahan lengannya yang retak, kata Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast.
Begitupun, masih belum dapat dipastikan sama ada pemain terbaik Afrika itu akan cergas sepenuhnya untuk beraksi pada perlawanan pembukaan Kumpulan G menentang Portugal di Port Elizabeth minggu depan.


Tulang lengan kanan Drogba yang dikenali sebagai ulna, retak ketika perlawanan pemanas badan bertemu Jepun di Switzerland, Jumaat lalu, kata persekutuan itu.


Penyerang berkenaan menjalani pembedahan di Berne, sehari selepas insiden dan pakar pembedahan di Berne menyifatkannya sebagai satu kejayaan besar.


Kenyataan yang dikeluarkan persekutuan menyebut Drogba akan kembali bersama rakan sepasukannya di Hotel Swiss, hari ini.


Dia menghabiskan hujung minggu di hospital bersama isteri dan tiga anaknya, kata badan induk itu lagi.


“Proses penyembuhan Drogba berlaku cukup baik. Setakat ini, semua petanda menunjukkan dia akan kembali sembuh dan peluang untuk kapten skuad Elephants itu kembali bersama rakan adalah cerah,” kata jurucakap, Roger Kouassi.


Skuad Ivory Coast akan berlepas ke Afrika Selatan Rabu ini. Mereka melengkapkan persiapan di Switzerland menerusi perlawanan persahabatan menentang Lausanne Sports di Nyon, semalam. - Reuters

No comments:

Post a Comment

tak klik, dia gila