Friday, October 8, 2010

Nizam dan Dunianya....

Ebob, Nizam Cendawan & Apil biasanye makan tengah hari di kedai Mak Tijah. Laok campor die terbaek, tapi bukan dari ladang mungkin dari kebun. Paling layan kuah tempoyak. Kalo tak basah ketiak pasti berpeluh macam bersukan selepas belahak semangkok dua.

“ wah layan betol laok hari ni” ebob kata sendirian dgn harapan nizam dan apil dengar..

“ tu la, bukan kau tak tahu. Dah dekat 2 taon kite makan kat sini” seloroh Nizam mahu berlalu membilas tangan di cerok belakang dapor kedai mak tijah..

“ Aik nizam, basoh tangan, nak makan pakai tangan ke? Selalu kalo tak ada sudu kau sanggup tak nak makan ” tanye Apil melihat Nizam pura pura membasuh tangan… nizam daring tajam ke mata apil tanda geram.. nizam pendam geram kejap, basuh tangan dulu. Hari ini hari jumaat kene rilek rilek..

“ kenape perli aku nak makan pakai tangan? Kau tahu tak makan pakai tangan ni sunnah Nabi, kau persoalkan aku umpama kau bermain main dengan soalan kau ” nizam terus merepek sesampai dari membasuh tangan. nizam sendiri merendah diri dengan jawapannya yang tak cukup strong, menyimpang dari asas topik hari ini…


Ebob dan Apil terus menikmati juadah yang telah mereka pilih sendiri tadi. tanpa mempedulikan nizam yang masih merepek yang bukan bukan.. penat merepek, nizam bingkas makan perlahan..



“ Aik, tadi apil terkejut tengok ko makan pakai tangan, kali ni aku sendiri terkejut dengan tahap kesopanan & corak pengunyahan makanan kau, sangat sistematik ” jerkah ebob tertekan melihat nizam cuba memperlahankan keadaan

“ sorang lagi yang tak tahu erti kesopanan, kau tahu kan makan tidak perlu terlalu gelojoh, Makruh. dan kunyahan perlulah betol betol lumat untuk sistem penghadaman yang sihat” kali ini nizam jawab macam tidak berapa merepek.. persis AJK Persatuan Perbahasan..

Ebob & apil mengalah, teros bersabar dengan beberapa tindakan Nizam yang diluar jangkaan hari ini. Sambil Nizam menguyah makan perlahan, Nizam tidak terlepas usha kiri kanan. Seperti ingin memastikan sesuatu.


...............................................................................
Lepas 30 minit. Kelihatan gerombolan marhaen & orang orang kebanyakkan keluar berpusu dari pagar utama masjid berdekatan dengan berketayap, bersiap siap pulang selepas selesai solat.

“ kenape hari ramai orang berjemaah kat masjid? ” tanye Apil perlahan..

“ sebab hari ni kan jumaat, aku pun baru perasan lepas tengok nizam habis makan ” terang ebob padat disertakan kesimpulan ringkas, rasa sedikit terganggu selepas dapat menangkap tujuan nizam melengah lengah kan masa tahadi...


Sejurus lepas melihat situasi tersebut. Maka dapat difahamilah mengapa nizam berkelakuan ganjil hari ini. tidak cukup itu, ia turut membabitkan Apil & Ebob untuk turut terlalai dalam membahagikan masa untuk makan dan solat jumaat...



... dan mungkin juga nizam betol betol terlalai.. dan mungkin juga nizam betol betol ingin menjaga kesopanan.. dan mungkin juga terdapat beberapa ratus kemungkinan yang lain lagi... Ebob & Apil menadah tangan, berdoa agar nizam diberi petunjuk

Thursday, October 7, 2010

Kucar & Kacir

biasanya jika berdepan masalah, kucar steady. tapi hari ni kucar agak pucat menanti sesuatu. kacir memang tidak pernah steady. jika kucar tak tenang dan steady, kacir akan menambahkan kecalaruan yang sudah ada...

"kau rasa kan kacir, loan beli kete kancil tu lepas ke tak?" soal kucar terus ke muka kacir.

"aku rasa xlepas, mcm susa je" jawab kacir mcm gelabah & direct, sambil kaki tersadung joran yang dilintang tengah ruang..

"aish, tapi aku rase tak mungkin lah, kita punye bank statement ade, finacial strong" balas kucar steady kepada kacir yg dari tadi cuba memanjat syiling...

"entahla mengikut firasat aku tanpa ayat sedap sedap hati, mmg xlepas" dgn nafas teresak-esak, kacir menjawab.. kali ni 4 kali cemas seperti tadi malah kacir sudah berlari-lari diatas selangka syiling sambil sekali sekala kepala berlaga atap..

"wargh... xbole macam ni, kancil ini penting untuk kita ke mana mana, itu pengangkutan asas kita" balas kucar nampak lebih press, tekanan darah memuncak .. peluh menjurai sedikit sedikit sekitar dahi..

"ye kite akan susah, aku dah jangka dari awal lagi ketika perkara ini berbangkit" kacir menjawab sebelum sempat mukenya luruh tersembam ke lantai sekitar tandas akibat gagal memijak tempat yang sepatutnya..



akhirnya keadaan jadi kucar-kacir.. sekian..

Monday, June 14, 2010

Asmara bawah lampu suram

Asmara bawah lampu suram
Oleh Mohd Amin Jalil
2010/06/11

SEREMBAN: Pasangan remaja berusia belasan hingga 20-an dikesan menjadikan beberapa kawasan suram di Dataran Senawang, dekat sini, sebagai lokasi memadu kasih pada malam hari.

Antara lokasi tumpuan termasuk kawasan rumah kedai belakang sebuah pasar raya besar di Senawang dengan kebanyakan mereka melakukan aktiviti itu dalam kereta. Keadaan itu secara tidak langsung mengundang rasa kurang senang masyarakat setempat kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan aktiviti kurang sihat, tambahan pula pelbagai kegiatan tidak sihat lain seperti meminum arak dan berjudi turut berlaku di kawasan berkenaan. Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, berkata berdasarkan intipannya mendapati tidak kurang lima pasangan memadu kasih dalam kereta di kawasan itu pada setiap malam. Katanya, kebanyakan mereka melakukan kegiatan sumbang itu dipercayai membabitkan remaja berusia 20-an mahupun belasan tahun dan aktiviti itu dikesan mula aktif dari jam 11.30 malam hingga 3 pagi, terutama pada hujung minggu. “Saya mendapati empat pasangan memadu kasih di kawasan itu berikutan kedudukannya terlindung dan hanya diterangi cahaya samar lampu jalan mendorong mereka menjadikan lokasi itu sebagai tempat melakukan maksiat.

“Kami amat kesal dengan aktiviti tidak sihat terbabit kerana percaya mereka yang melakukan perbuatan itu pasangan Islam. “Malah, sebelum ini kami turut menerima beberapa aduan awam, terutama ibu bapa mengenai gelagat remaja mahupun pasangan kekasih tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya ketika ditemui. Berikutan itu, katanya, pihaknya menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat pemantauan lebih agresif di kawasan Senawang termasuk Dataran Senawang yang sering dijadikan tempat memadu kasih pasangan remaja. “Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka kerana perbuatan itu mencemarkan imej Islam. Saya amat berharap masalah ini mendapat perhatian kerana bukan saja boleh mencemarkan imej kawasan ini, malah jika tidak ditangani, kegiatan tidak sihat ini akan terus berleluasa. “PPIM sedia memberikan kerjasama kepada pihak terbabit bagi mengadakan operasi menahan mereka yang melakukan perbuatan itu,” katanya.


Penduduk, Jimi Rustam, 37, berkata kegiatan tidak sihat termasuk remaja memadu kasih pada malam hari di kawasan Bandar Baru Senawang sering diperkatakan orang ramai sejak pembangunan pesat bandar baru terbabit hingga menimbulkan keresahan penduduk.


Menurutnya, kegiatan itu perlu dipantau pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keruntuhan moral membabitkan golongan muda tidak terus berleluasa dan menjadi barah yang boleh merugikan masyarakat dan masa depan negara. “Saya menyokong jika kegiatan itu dapat dipantau sebelum menjadi lebih teruk kerana ia tidak boleh dibiarkan disebabkan akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat,” katanya.


Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai melaporkan sebarang kegiatan maksiat membabitkan orang Islam.

Tuesday, June 8, 2010

ENGLAND DAH SEDIA

RUSTENBURG: Wayne Rooney berazam untuk mempamer aksi cemerlang pada perlawanan pembukaan Kumpulan C menentang Amerika Syarikat, Sabtu ini dan keazaman penyerang England itu lahir selepas aksi skuad berkenaan dikatakan tidak begitu memberangsangkan.
Anak buah Fabio Capello dilihat tidak begitu meyakinkan ketika perlawanan pemanas badan menentang Mexico dan Jepun dan prestasi hambar itu terus terpamer ketika menentang kelab Afrika Selatan, Platinum Star walaupun berjaya menang 3-0.


England bagaimanapun kelihatan lebih tajam selepas kemasukan Rooney pada babak kedua dan penyerang Manchester United itu merencana gol kedua pasukannya sebelum dia sendiri menghasilkan gol ketiga.


“Ia aksi yang cukup baik, kami perlu menumpukan perhatian dan saya dapat bermain selama 45 minit. Saya sangat gembira,” kata Rooney.


“Saya fikir kami sudah ada apa yang kami perlukan. Saya berharap dapat meningkatkan lagi permainan saya tetapi sepanjang 45 minit itu, saya sangat gembira.


“Kami sudah bersedia - ini adalah perlawanan persediaan kami dan perlawanan sebenar akan bermula Sabtu ini. Saya tidak sabar menunggu hari itu. Lebih cepat ia berlangsung, lebih bagus.” Bagaimanapun Capello kelihatan berang dengan aksi yang dipersembahkan anak buahnya dan beliau tidak langsung duduk di bangku simpanan sepanjang babak kedua permainan.


Pengendali itu memilih formasi 4-4-2 pada babak pertama kerana ketiadaan Rooney manakala penjaga gol Manchester City, Joe Hart mungkin diturunkan di Rustenburg, Sabtu ini.


Aksi Rooney pada perlawanan semalam turut menyaksikan dia dikenakan kad kuning sekali gus mengingatkan semula kepada apa yang berlaku pada suku akhir Piala Dunia 2006 apabila dia dikenakan kad merah kerana mengasari lawan dan England tewas menerusi penentuan penalti kepada Portugal.


Rakan sepasukannya, Jermain Defoe bagaimanapun percaya Rooney tidak boleh meninggalkan aksi agresifnya terutama pada perlawanan penting.


“Apabila anda bersemangat, aksi anda akan bertukar agresif dan itu adalah petanda baik,” kata Defoe. “Jika sikap itu tiada pada Wayne, dia pastinya bukan Wayne yang kita kenali.” Defoe menyokong pandangan Rooney yang menyebut England sudah bersedia mengibar cabaran lebih bermakna pada Piala Dunia kali ini.


“Semua pemain dahagakan kejayaan. Kami mahu menang. Kami akan memikirkan mengenai lawan kami apabila tiba masanya tetapi saya rasa kami sudah pun mempunyai semangat untuk menang.

“Kami mencatat kemenangan dalam perlawanan ujian dan kami mahu keadaan itu berterusan pada saingan sebenar nanti.” - AFP

_________________________________________________________

Doktor proses ubat batuk di rumah

Doktor proses ubat batuk di rumah
2010/06/09

SHAH ALAM: Tugasnya sebagai doktor sepatutnya membantu pesakitnya sembuh, tetapi lain pula yang berlaku apabila dia membuatkan pesakit terutama Mat Gian bertambah sakit dengan menjual ubat batuk haram kepada mereka.
Pengamal perubatan yang mempunyai klinik sendiri itu menjadikan rumahnya di Taman Sungai Kapar Indah, Klang, sebagai pusat memproses ubat batuk sebelum dipercayai dijual kepada penagih dadah dan pengedar.

geng2 ubat batuk

Helah doktor lelaki berusia 49 tahun terbabit bagaimanapun terbongkar apabila rumahnya diserbu sepasukan polis Jabatan Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Sabtu lalu dan polis menemui ribuan pil terlarang dan 24 botol ubat batuk bersaiz empat liter.


Difahamkan, campuran semua ubat-ubatan itu mampu membuatkan seseorang itu berkhayal dan menjadi ketagih seperti yang biasa dilakukan penagih.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata sebelum polis membongkar kegiatan doktor itu, polis terlebih dulu menahan seorang lelaki dalam sebuah rumah berhampiran, kira-kira jam 12.30 pagi hari sama.


“Hasil pemeriksaan ke atas lelaki berusia 39 tahun itu, polis menemui 23 botol (empat liter) dan 144 botol (120 mililiter) berisi cecair disyaki kodein,” katanya.

_________________________

pelik2.. doktor pun nak cari duit lebih...
kalo pekerja biasa macam mane??
logik la jenayah adalah sesuatu yang sangat memberasangkan..
kerana ia satu jalan pintas untuk berjaya

sedangkan doktor pun cari duit lebih
ni kan lagi pekerja kilang..
ni kan lagi pekerja biasa..
apa sebab ini macam boleh jadi bai??

Raja seluar dalam dicekup

Raja seluar dalam dicekup
Oleh Hadzlan Hassan
2010/06/09



KUALA TERENGGANU: Serbuan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang ke sebuah rumah di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang, untuk memberkas pengedar dadah membawa penemuan mengejutkan apabila bukan dadah yang

ditemui, sebaliknya kira-kira 400 seluar dan baju dalam wanita terpakai.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin itu, polis yang menyerbu rumah itu untuk urusan pertuduhan kes dadah menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang bertugas sebagai pembantu kesihatan awam.

Difahamkan, suspek yang pernah bertugas di Dungun dan Marang sebelum ini didapati dua kali positif ujian dadah jenis methamphetamine, malah ketika serbuan dan pemeriksaan di rumahnya, lelaki itu didapati memakai seluar dalam wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, lelaki itu mengaku mencuri semua pakaian dalam berkenaan daripada ampaian rumah penduduk sekitar Marang dan Dungun.

Menurutnya, ‘raja seluar dalam’ itu penagih pil kuda dan gemar memakai pakaian dalam wanita sejak di bangku sekolah menengah, malah dikatakan mempunyai minat pelik dengan mengumpul pelbagai jenis pakaian dalam wanita.

“Dia pernah bertugas di Dungun dan Marang mengaku mengumpul semua 400 pakaian terpakai itu sejak tahun lalu ketika berkhidmat di kedua-dua daerah berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai khususnya wanita yang tinggal sekitar dua daerah berkenaan yang mungkin kehilangan pakaian dalam supaya segera membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan.

“Kami sedang bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah di kedua-dua daerah berkenaan untuk mengesan kemungkinan terdapat mangsa yang membuat laporan berhubung kehilangan pakaian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama kira-kira jam 5.30 pagi semalam, polis menahan empat individu termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 23 tahun di sebuah rumah di Alor Limbat, Marang.

Penahanan dibuat selepas polis menemui 60 pil kuda bernilai RM2,400 daripada kumpulan berkenaan dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

RADHI OAG - Talak satu

Talak satu
Oleh Murni Wan Omar
2010/06/09


PETALING JAYA: Akhirnya kemelut yang melanda rumah tangga vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali dengan Shazlin Sharif berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penyanyi itu.

BERMAAFAN...Radhi bersalaman dengan Shazlin selepas disahkan bercerai talak satu.

Tepat pada jam 3.05 petang, Radhi, 33, dan Shazlin, 32, yang juga bekas penyanyi kumpulan GIM itu disahkan bercerai talak satu oleh Hakim Syarie Tuan Fazil Che Hasan.

Terdahulu, Shazlin yang diwakili peguam syarie Rubiah Jaffar memaklumkan kepada mahkamah pada 16 Oktober 2009, kedua-dua pihak membuat perjanjian dan menandatangani persetujuan berhubung nafkah edah, mutaah dan nafkah anak.

Radhi diwakili peguam syarie, Musa Awang mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa anak guamnya bersetuju untuk melafazkan cerai secara baik melalui kebenaran mahkamah.

Menjawab pertanyaan hakim, Rubiah memaklumkan anak guamnya sudah tidak menetap bersama dengan Radhi sejak 2008.

Hakim kemudian membenarkan permohonan itu dan mengarahkan sijil nikah pasangan itu dibatalkan dan perceraian perlu direkodkan di Jabatan Agama Islam Daerah Petaling.

Mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama mereka iaitu Radhi bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM3,000, tiada tuntutan mutaah dikemukakan dan nafkah anak mereka Muhammad Rifdhi Muslim, 5, sebanyak RM460 sebulan.

Radhi juga bersetuju membayar insurans pendidikan RM200 sebulan dan bayaran itu dibuat sebelum atau pada 1 hari bulan setiap bulan.

Monday, June 7, 2010

Mas Idayu pertahan tindakan

Joe lega, Azmeer terharu dengan persembahan protege

RELEVANKAH lagi penggunaan rotan atau tali pinggang sebagai alat bantuan untuk mendidik mereka yang bergelar pelajar?

Sejauh mana pendidikan ala konvensional itu boleh merubah prestasi seorang pelajar? Itulah persoalan yang timbul pada sidang media program Mentor 4, pada Ahad lalu.
Sebaik saja protege kepada Mas Idayu, Shaq diumumkan peserta pertama tersingkir, ramai tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan pelajar berasal dari Pantai Timur itu dihukum pengundi sedemikian rupa.

Adakah Shaq atau nama sebenarnya Mohd Shabini Ibrahim gagal memenangi hati penonton dengan persembahan yang ditonjolkan atau pengundi sebenarnya bersimpati kerana dia didakwa menjadi mangsa “penderaan” mentornya sendiri yang sering menggunakan tali pinggang sebagai cara untuk melatih anak didiknya itu.

Disebabkan tidak mahu lagi melihat Shaq tertekan dengan keadaan seperti itu membuatkan pengundi bagaikan sepakat untuk menyelamatkan jejaka berusia 25 tahun itu dengan tidak mengundi dirinya. Hasilnya, keputusan undian terakhir kumpulan A menyaksikan Shaq mendapat 96 markah manakala Ila, protege kepada Joe Flizzow mendapat markah tertinggi iaitu 105 markah diikuti protege Azmeer iaitu Nani dengan 99 markah. Ini sekali gus melayakkan Ila dan Nani mara ke peringkat seterusnya.

Walaupun ada yang mempertikaikan caranya menggunakan tali pinggang serta penonton muak dengan drama yang tak berkesudahan membabitkan mentor dan protege sensasi ini, Mas Idayu tetap mempertahankan tindakannya itu.

“Saya rasa penggunaan tali pinggang untuk mendidik adalah relevan dan sesuai. Inilah cara didikan yang saya terima daripada ibu bapa saya. Kalau tak gunakan cara seperti ini iaitu rotan atau tali pinggang, saya tak akan berada di kedudukan begini. Lagi pun, anak saya yang masih bersekolah juga masih dirotan oleh guru hanya kerana markah Matematiknya rendah.
“Ini memang cara saya bekerja. Malah sebelum mengambilnya sebagai protege, saya sudah bertanyakan apakah dia bersedia menerima cabaran dan sanggup menghadapi cara kerja saya. Dia bersetuju dan sanggup menerima apa saja arahan, jadi saya tak anggap perkara itu memberi tekanan kepadanya.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, Shaq agak lambat menerima sesuatu arahan. Begitu juga dalam hal menghafal lirik. Saya tidak boleh menunggu terlalu lama kerana kita kesuntukan waktu. Dia memang berbeza dengan Black. Malah, cara saya mendidik dia dengan Black juga berbeza. Apa pun, saya puas hati dengan persembahannya malam ini berbanding minggu lalu.

“Minggu lalu, dia memang teruk. Walaupun vokalnya masih belum pulih sepenuhnya, dia tidak banyak melakukan kesilapan. Cuma saya sedih kerana impiannya untuk menjuarai pertandingan ini dan hasratnya untuk membantu keluarga dengan hadiah kemenangan tidak kesampaian,” luah Mas Idayu.

Shaq yang duduk mendiamkan diri di sebelah protegenya ketika sesi temu bual berlangsung turut mengakui kelemahannya yang agak sukar untuk menangkap sesuatu pembelajaran dengan cepat.

“Saya akui memang susah nak faham sesuatu pelajaran yang diajar Mummy (panggilan untuk Mas Idayu) dalam masa singkat. Memang kena ambil masa. Itulah kelemahan saya. Tapi, saya boleh terima apa yang diajar dan tak anggap penggunaan tali pinggang itu sebagai tekanan amat berat. Sejujurnya saya sedih kerana gagal memenuhi impian sendiri dan hasrat mummy untuk melihat saya berjaya.

“Mungkin selepas ini, saya akan terus berusaha memperbaiki diri untuk terus berjaya dalam bidang yang ingin saya ceburi ini,” kata Shaq dalam nada sebak.

Tangisan gembira, sedih Azmeer

BUKAN saja Mas Idayu yang mempunyai masalah dengan protegenya tetapi perkara sama turut berlaku ke atas Azmeer dan Nani. Disebabkan Nani sering menghadapi masalah kesihatan sehingga menjejaskan vokalnya, Azmeer pernah terlepas meluahkan kata-kata pedih yang menyentuh hati gadis berusia 24 tahun itu.

Kata Azmeer, dia pernah meluahkan perasaan kecewa dan menyesal mengambil Nani sebagai anak didiknya hanya disebabkan masalah kesihatannya itu.

Bagaimanapun, selepas mendengar nyanyian Nani dan melihat usahanya yang membuahkan hasil itu, akhirnya Azmeer menarik balik kata-kata yang sudah terlanjur itu.

“Bila dia sering saja sakit sehingga menjejaskan mutu vokalnya, saya katakan kepadanya kenapalah aku ambil kau jadi protege, asyik sakit saja. Masa itu saya memang stres!

“Tapi malam ini, dia menonjolkan vokal sebenarnya seperti yang ditunjukkannya sewaktu sesi uji bakat dulu. Saya puas hati dan gembira dengan pencapaiannya malam ini,” kata Azmeer yang kelihatan mengalirkan air mata sewaktu mengimbas kembali tragedi itu.

Sementara itu, Joe yang kelihatan agak santai walaupun protegenya, Ila mengungguli pertandingan awal itu berkata, dia kini sudah menemui identiti sebenar anak didiknya itu.

“Selepas beberapa minggu diuji dengan pelbagai jenis lagu, saya sudah dapat melihat genre sebenar Ila. Yang pasti muziknya nanti bukanlah seperti Waheeda atau Yuna hanya kerana dia bertudung,” katanya.

Persembahan malam itu turut diserikan dengan kehadiran penyanyi undangan seperti Noh Hujan, Black dan Siti Sarah.

Berenang bogel promosi terumbu karang

SEKUMPULAN orang memulakan acara berenang bogel di Pantai Teluk Nelly, Australia semalam.


SYDNEY - Sekumpulan perenang sanggup berbogel bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai Terumbu Karang Besar di Australia.

Penganjur aktiviti itu, Ben Schultz berkata, berenang bogel selama 20 minit di Pantai Teluk Nelly, Pulau Magnetic di pesisir pantai timur laut Australia itu melibatkan 23 penyelam dan 10 perenang berusia di antara 19 hingga 60 tahun.

Kebimbangan mengenai pencemaran alam ke atas Terumbu Karang Besar yang merupakan habitat kepada sejumlah besar spesies marin memuncak pada awal tahun ini apabila sebuah kapal kargo arang batu China melanggar terumbu karang itu. - AFP

England menang tetapi persembahan lembap

lampard ngan gerard dah berkawan baik.. hahaha

MORULENG, Afrika Selatan 8 Jun - England menang ke atas sebuah kelab liga Afrika Selatan, 3-0 semalam di sebalik persembahan lembap yang ditunjukkan pada perlawanan latihan terakhir mereka sebelum pembukaan Piala Dunia menentang Amerika Syarikat (AS).

Jermain Defoe, Joe Cole dan Wayne Rooney masing-masing menjaringkan satu gol ketika menentang kelab Platinum Stars di hadapan penonton yang tidak ramai di bandar wilayah timur laut, Moruleng.

Hanya Joe Cole sahaja yang bermain sepanjang perlawanan ketika Fabio Capello membuat 10 pertukaran pada separuh masa pertama. Manakala pemain tengah, Gareth Barry yang cedera serta penjaga gol, David James tidak turun beraksi sama sekali.

Rooney salah seorang pemain gantian telah menjadi menjadi perangsang ketika pasukannya menunjukkan permainan yang mengecewakan, hanya lima hari sebelum bertemu AS.

Peranan Cole lebih hidup tetapi England tetap bergelut untuk mengekalkan dominasi meskipun mereka meningkatkan tempo permainan pada separuh masa kedua.

Capello menggunakan formasi 4-4-2 pada permulaan permainan dengan menyimpan terlebih dahulu tonggak utama mereka, Rooney dan menurunkan penjaga gol berusia 23 tahun Manchester City, Joe Hart yang dilihat sebagai persiapan untuknya beraksi di Rustenburg Sabtu ini. - AP

tak klik, dia gila