Friday, February 18, 2011

Jiran jimi



Ada yang tidak berapa kena pagi ini. sesaat sedar dari lelapnya, jimi telah mundar mandir depan pintu sedari tadi. difikir - fikirkannya semula tentang peristiwa petang 3 hari sebelum ini. berkaitan beberapa persoalan yang mencabar nafsu ingin tahunya. betapa seriusnya perkara tesebut dapat digambarkan dengan perilaku jimi yang kerap mundar mandir tidak tentu pasal ditempat sama. persoalan itu masih berngiang-ngiang jauh di lubuk sanubari jimi, bermain main segar kata kata tersbut disekitar cuping telinganya. Tentang isi persoalan itu terjadi tidaklah jimi pelik sangat. tetapi kenapa persoalan yang begitu kemas dan terpeinci bulih diperkatakan oleh 'Brader' yang tidak pernah disangka sangka jimi. kenapa 'Brader' itu? kenapa bukan orang lain? sehinggakan jimi sendiri tidak puas hati terhadap dirinya sendiri. kerana terlalu asyik memikirkan tentang 'Brader' tersebut.

Perkara ini bertambah parah lagi kerna Ketidakpuasan hati jimi sudah genap 2 perkara. Perkara pertama 'Brader' tersebut mengeluarkan persoalan yang tidak terduga oleh kewarasan akal jimi. Perkara kedua kenapa 'Brader' yang jimi tidak berkenaan tersebut telah membuatkan jimi tidak sedap duduk 3 hari lamanya. Apakah najis semua ini? apakah jenis persenggamaan ini?

Akhirnya jimi akui. jimi bukan insan maksum yang terlepas dari ketidaksempurnaan. Jimi melakukan satu langkah drastik dan amat membimbangkan. Jimi kutip beberapa helai 'brochure' jualan murah yang berselerak didalam peti surat rumah jirannya. jirannya pandang serong kearah jimi kerna jimi menyelongkar peti surat jiran jiran dengan cemas. akan tetapi ia sedikit pun tidak menggangu kekerasan watak jimi didalam cerita ini yang terkenal dengan personaliti bengis dan tidak bertimbang rasa. jimi meneruskan aksinya denga meng-amati dan mendalami isi brochure yang ke-3. Jimi dapat menangkap sesuatu yang begitu dalam. dengan sepantas kilat. jimi mula dapat hidu. abu, seman & kudin telah melakukan sesuatu yang betul malah tidak terperasan olehnya, mereka awal-awal sudah beritahu, awal awal lagi. terlihat ada jawapan disitu. bagai menunjukan tanggapan jimi salah belaka. Halim yang menyokong jimi juga pasti akan merasa tempiasnya. Jimi keronyokkan brochure itu tanda tidak sanggup meneruskan bacaannya. Jiran jimi buat buat pandang burung atas tiang elektrik, cover.



Jimi berlari kebilik dengan mulut mencebik pada jirannya, keras. terus jimi menyarung seluar track suit warna terang lekas lekas. didalam otak jimi cuma mahu mencari 'Brader' terebut. jimi betul betul mahu tahu. sejauh mana kebenaran tentang apa yang abu, seman & kudin telah perkatakan sebelum brader itu lagi. malah jimi juga spare RM10 untuk diletakkan didalam kocek baju halim secara diam-diam. jimi tidak mahu halim tahu. biarlah halim tidak tahu...






Jadi soalannya,
apakah corak cerita diatas sekiranya difilemkan :
Romantic Comedy, Action atau 'Based on true story'?

2 comments:

tak klik, dia gila