Tuesday, February 8, 2011

Hadir kelas

"hari ni nak dress-up apa la gamaknya?" dalam hati, nina berkata-kata.

setiap hari dress nina tidak pernah menghampakan.. hari ini hari selasa. maka kelas pengurusan rumahtangga yang bermula dari pukul 9 hingga ke pukul 11 lah yang perlu nina hadirkan diri. agak lama. nak dress berat2 kelas pula lama sangat. tak berpeluh pula kalau dress sarat sarat? dress kena tepat dengan waktu dan suasana. teknik peragaan ini dengan metologi logikal kena ada kimia. baru serasi dan tidak basi. jika tidak, ada saja yang tak kena di mata orang lain yang memandang. mudah kata kena ada teori peraga yang sangat asas. takde lah orang kata belakang..


Hampir 10 minit nina rangka konsepsual dress hari ini. Nina tekad. hari ini nina akan mengenakan baju warna turqoise. baju jenis potongan badan turqoiseron. tudung warna turqoise muda, ada jalur urat daun keemas emasan. dan kasut tumit tinggi warna turqoise ke kehijau hijauan, dengan klips warna metalik. semua aksesori nina yang nina kenakan adalah stok stok warna turqoise. wangian pun jenama turqoisensation, Zingaff Juliane. ada pancuran warna turqoise. yang melekat lekat di baju dan tangan.

siap siap berdandan. nina pun keluarlah ikot pintu depan rumah dengan yakin. mencari cari keretanya. dia tidak perasan. kerana keretanya pun sudah bewarna turqoise... penulis telah menyesuaikan warna kereta nina dengan tema hari ini. turqoise..

2 comments:

  1. =.="

    kakiberita ni wartawan ke?

    keh keh keh!

    ReplyDelete
  2. kakiberita punya daya imaginasi sangat tinggi.

    ReplyDelete

tak klik, dia gila