Thursday, May 5, 2011

SYILING LAMA DILOKASI ANGKER

KLIK UNTUK PEMBESARAN

Syiling-syiling ini dijumpai dibeberapa lokasi angker yang telah skuad kami terjah.
Agak pelik. Kerana benda yang sama telah kami jumpai dibeberapa lokasi angker.

Jadi kami akan terus menjejaki beberapa lagi lokasi untuk mengenal pasti apakah petanda disebalik pertemuan syiling-syiling lama ini.

Setelah bertemu beberapa penggemar mistik & Collector brgn antik, mereka mengandaikan barang-barangan ini mempunyai Nilai, dan mereka tidak dapat pastikan berapa nilainya. kerana syiling-syiling dijumpai dibeberapa tempat yang berbeza-beza & dijumpai ketika skuad menjalankan operasi angker.... masih menjadi tanda tanya...

Friday, April 8, 2011

LOKASI ANGKER #4

TEMPAT : SEKSYEN 12, SHAH ALAM
MASA : 12 ~ 2

Assalamualaikum. setelah lama menyepi. kami telah pun beroperasi lagi. ingin kami maklumkan disini, Kami skuad edisi angker berehat seketika dalam beberapa bulan ini. ini bagi membina semula semangat, setelah secara semberono menggempur beberapa lokasi yang dipercayai angker dan keras. Setelah mengambil masa yang agak lama bagi meulihkan dan memantapkan diri. Kami ahli skuad bersepekat, memulakan sessi perbincangan di kedai makan berhampiran untuk membincangkan dalam menggerakkan semula operasi angker dan mengenal pasti lokasi seterusnya. Hasil muzakarah gaya demokrasi terpimpin, skuad telah memilih banglo Seksyen 12 sebagai lokasi tinjauan seterusnya, yang wajar dioperasikan secara fokus. Dengan mengambil kira cerita-cerita dari orang shah alam. Memang tempat ini adalah ‘destinasi bajet’ yang sangat didambakan penggemar mistik.


Seperti biasa, ahli skuad semakin lama semakin mengecilkan. Kebanyakkan anggota sudah ramai angkat bendera putih. Malah operasi kali ini hampir menuju jalan buntu kerana sayap-sayap kanan @ pengurus operasi seperti brader lancang tidak mahu terlibat secara langusng mahupun tidak langsung diatas mana-mana operasi yang berlandaskan angker. Malah brader lancang guna alasan-alasan yang kurang kuat dan agak kekanak-kanakkan untuk tidak menyertai mana-mana aktiviti angker lagi. Setelah suasana dipanaskan, dan setelah anggota memnbakar line dan men’ceduk’ serta mencabar kredibiliti keberanian beliau, seperti yang beliau bangga banggkan. akhirnya Beliau setuju untuk terlibat tetapi menyertakan beberapa syarat yang jelas mempamerkan sisi kegoyangan pada diri beliau, syarat beliau yakni berada jauh dari lokasi angker tersebut. Skuad senyum nipis. Skuad sudah biasa.




Ok bermula lah perjalanan. Macam biasa suka-suka,
ketawa-ketawa bagi menjadikan keadaan tidak suram.

keadaan sugul sebentar



Sesampai sahaja di lokasi, kereta di letak jauh sedikit dari lokasi angker.
dan kami berjalan dalam beberapa meter demi tidak mengganggu
penduduk setempat. tidak termasuk brader lancang.
antara gambar yang berjaya disnap. agak sukar kerana cahaya kurang.


beberapa keping gambar lagi.



Setelah selesai sesi tinjau, kami pun segera bergerak pulang, bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam perjalanan balik, suasana agak suram. Tiada lagi aura2 gembira sepertimana datang tadi. Dalam saat suram begitu juga, seorang anggota kami tiba-tiba memasangkan ayat suci Al-Quran (ayat kursi) melalui telefon bimbitnya membuatkan keadaan menjadi lebih serius. Ditambah lagi dengan Pekikkan "Allahhu Akbar" secara mengejut dari brader lancang, menyebabkan beberapa anggota skuad terkejut dan tidak senang duduk lagi.

Brader lancang tidak memberitahu kami apa motifnya untuk tiba-tiba berkelakuan begitu. dan setelah sedikit sampai sekitar rumah. kami berehat dikedai makan berhampiran, untuk meneutralkan semangat dan menenangkan keadaan, dengan ditemani alunan ayat-ayat suci yang dimainkan dari telefon bimbit.








sehingga kami menemui gambar ini.
maka tidak ada apa yang perlu kami tanyakan
kepada brader lancang akan motifnya tadi.

Tuesday, April 5, 2011

Brader Lancang #1

Brader lancang seperti biasa biasa sejak kebelakangan ni. pergi kerja masih naik kenderaan. makan pun masih nasik lagi. lauk masih ayam atau ikan. belum lagi sampai ke tahap nak makan kucing. pesen dress up masih guna seluar dengan baju. cuma dalam beberapa hari ni. gua rasa ada yang tak kena, sesuatu yang berkait rapat dengan gerak tubuh brader lancang. ada yang sangat tak kena dengan tigkah laku mahupun kerenah brader lancang. kadang kala brader lancang membuatkan gua terpinga-pinga.

Hebat benar ranjau hidup brader lancang. hingga gua yang terdekat ni pun terpinga-pinga. gua jarang terpinga-pinga, kerana terpinga-pinga tidak berapa elok bagi orang yang berperawakan semasa, dan gua seharusnya tidak mengusulkan perkara ini kerana ia bakal menjejaskan reputasi gua sebagai seorang yang berperawakan semasa. tetapi ikut sifat jujur gua yang terpencar pencar. gua kena transparent dalam bibit bibit penceritaan jenis berdebar macam ini.



apa-apa pun. cerita ini setakat ini sahaja. yang lain biarlah rahsia. kemungkinan ada sambungannya. tapi cerita yang jenis macam ni sahaja. jadi jgn tunggu sangat..

Sunday, March 6, 2011

DESTINASI BERIKUT #1

DESTINASI BERIKUT #1

kelik gambar untuk bacaan lebih jelas.

Skuad senyum lebar.. berita yang sangat ditunggu-tunggu
dan membuatkan skuad rasa berkobar kobar. :)



FORENSIK GAMBAR #1

FORENSIK GAMBAR #1

Assalamualaikum semua. Skuad berehat seketika untuk menumpukan kegiatan forensik gambar. Gambar2 yang diforensikkan adalah gambar2 ketika di lokasi angker 1,2 & 3. dan hasil dari pencarian penuh teliti oleh skuad. kami telah menjumpai beberapa gambar2 yg anda sendiri suka untuk lihat. jadi kami upload salah satu dari gambar tersebut.


LIHAT GAMBAR DALAM BULATAN. DAN HAYATI MAKNANYA. :)

Thursday, February 24, 2011

LOKASI ANGKER #3



Assalamulaikum. Skuad pemuda RMSU telah pun melakukan tinjauan lokasi yang ke-3. tinjauan tersebut dioperasikan pada malam 24/2/2011 (malam jumaat). macam biasa gua mencari line-up untuk menyertai kembara skuad ini. ini kerana anggota2 kental dan utama kebanyakkan shift malam.

kami membuat perbincangan untuk ke lokasi #3 pada mlm tersebut. tetapi cuma gua ngan seorang lagi anggota yang 'available'. mungkin malam jumaat, sambutan kurang. itu gua tak tahu. jadi oleh kerana skuad malam ini hanya 2 orang. Gua & Am. kami bercadang ke lokasi angker #3 dengan hanya menaiki motor sahaja. dan kami memilih satu lokasi yang terletak di dalam daerah klang. dimana kawasan perumahan yang masih ada satu lapangan hutan kecil terperosok disebelah tepi perumahan tersebut. dimana dapat dilihat pokok - pokok yang besar & tua di dalam hutan kecil itu.

kami memilih tempat ini kerana ada cerita-cerita dari orang dikawasan perumahan yang pernah melalui pengalaman terserempak dengan sosok-sosok atau lembaga-lembaga yang bermacam macam genre. jadi kami rasa kawasan malam ini adalah bertepatan & suai dengan feel malam jumaat yang mulia ini. dengan sedikit bacaan dan lapang dada kami pun bergerak.

aktiviti skuad hanya meninjau-ninjau, dengan mengambil beberapa capture ditempat yg dipercaya orang kampung sebagai 'ada' . gambar ada dibawah :










selepas meninjau kawasan di sekitar perumahan. kami terus bergegas masuk kedalam hutan kecil tersebut utk mengambil beberapa capture untuk dianalisis. kami beranikan diri untuk masuk sehingga ke suku hutan, dan ini hasilnya:










selesai sudah tinjauan kali ini, kawasan ini amat sesuai jika ingin melakukan operasi lanjutan. Sebelum kami ber-2 pulang. gua menerima panggilan dari salah seorang anggota skuad yg mengikuti operasi sebelum2 ini, namanya dirahsikan. gua mendengar kisahnya perlahan-lahan.

Dan apa yang gua boleh bantu hanya menasihatkan beliau supaya positif. sentiasa positif. kita umat islam wajib percaya pada benda ghaib. dan ia juga makhluk tuhan sama seperti kita. gua percaya jika kita tidak diselubungi rasa muram dan gundah, berjiwa kuat dengan sentiasa positif nescaya ia tidak memudaratkan sama sekali. banyakkan baca ayat ayat suci. kalau benda semakin serius, gua tegaskan supaya beliau cepat2 info pada gua. apa isi ceritanya gua tidak bulih cerita. gua menghormati permintaan beliau.

akibat dari beberapa perkara yang terjadi. gua nasihatkan diri sendiri dan juga kawan2 semua, kalau betul2 minat untuk pergi kawasan yang bukan tempat kita. pergilah dengan penuh etika dan tanggungjawab. Wasalam.

Wednesday, February 23, 2011

LOKASI ANGKER #2


Trip edisi angker sudah masuk ke lokasi ke-2, pada malam 23/2/2011 kami berbincang dengan beberapa anggota skuad edisi angker yang ada, lebih kurang 8 orang. semasa berbincang berkaitan lokasi yang ingin kami pergi. Masih ada anggota skuad yang bermulut lancang. mungkin tiada pengalaman. Walaubagaimanapun, skuad masih positif dan bersemngat untuk meneruskan operasi. selepas selesai berbincang, yang sepakat untuk pergi hanya 3 orang sahaja. selebihnya tarik diri sebab rasa tidak sedap hati. brader lancang pergi. gua mesti pergi. apa nak jadi, jadilah.

Lokasi kami masih disekitar Seksyen 2, Shah Alam. Chief skuad (rauf) tunggu disana dengan seorang anggota baru. jadi berbekalkan semangat dan sedikit ayat-ayat, kami bergerak.

Gua, Wak, Am, Rauf & Anggota baru, semua berjumlah 5 orang.
kami sepakat jumpa disekitar Wet world. disini cerita bermula.

ambik gambar dulu, gua malas nk kira berapa orang dlm gambar.
sori tempat gelap sangat. celik celik kan lah mata anda.


kami tertarik dengan kedudukan pokok tua & besar.
yang betul2 berada didalam kawasan rumah tersebut.
brader lancang masih hepi hepi.
excited katanya. gua hanya berdoa.


benda alah ni efek cahaya atau lens kotor gua rasa. gua rasalah.


ini pun sama, ada clash cahaya sana sini bikin gambar kotor.
jgn fikir bukan2. positif2. brader lancang muka ada sedikit berubah.



ini paling banyak, gua rasa banyak sangat input cahaya.
atau flash? atau apa2 la yg logik dan bersifat sain saikologi.


Paling besar. layan kan lagi. brader lancang nak lepak kereta. boring katanya.
tapi muka semacam cemas. gua angguk. 'hati-hati' kata gua dlm nada sederhana


ini gambar bikin kitaorang berubah hati.
benda dicapture ternyata dibelakang pagar.
ini bukan gangguan cahaya atau lens kotor. fffuuuuuuuu!?

selepas selesai dan puas dengan gambar yang ada. kitaorang bergerak.
brader lancang masih di dalam kereta. berani juga dia sorang2.
brader lancang hanya berbaring. pitam katanya.

tugas memandu kereta diserahkan pada gua.
kami bersepekat utk lepak minum dulu. sampai dikedai minum.
brader lancang & seorang lagi ahli skuad tidak sedap badan & sedikit pitam.
kami hanya membiarkan mereka ber-2, brader lancang bebaring tepi bahu jalan.
seorang lagi anggota hanya bercangkong berdekatan kereta.


brader lancang mungkin tak berapa sihat hari ini.
gua sedapkan hati sendiri. rumah jauh lagi.

skuad ke kedai minum untuk berehat , gua layankan.
walaupun waktu sudah hampir pagi.




kat sini pun ada. gua rasa ada yang tak kena malam ini.

kita tunggu perkembangan brader lancang dalam 2 - 3 hari ini. sekian.


benda alah mcm cahaya tu gua dapat kenal pasti sebagai Orbs.
macam macam teori ada. nak survey-survey tengok kelik sini

Tuesday, February 22, 2011

LOKASI ANGKER #1







Kami skuad edisi angker Pemuda RMSU, telah pun menijau ninjau lokasi yang dirasakan menarik dan kena pada tema untuk dianalisis. dimana pada minggu lepas. Kami yang rata rata berjiwa kental telah meninjau lokasi angker sekitar Shah Alam untuk memastikan koordinat yang tepat bagi memudahkan edisi seterusnya yang jauh lebih serius.

Pada awal perjalanan lagi. kami telah telahpun diuji dengan keras tanpa belas kasihan. ujian ini kami terima dengan penuh lapang dada dan tawaduk. dimana kawan kami Am telah pun muntah muntah disekitar lantai kereta. menyebabkan abangnya, Wak yang panas baran melepaskan se-das karate ke tengkuknya untuk membantu melancarkan perjalanan muntah. sekian..

Friday, February 18, 2011

Jiran jimi



Ada yang tidak berapa kena pagi ini. sesaat sedar dari lelapnya, jimi telah mundar mandir depan pintu sedari tadi. difikir - fikirkannya semula tentang peristiwa petang 3 hari sebelum ini. berkaitan beberapa persoalan yang mencabar nafsu ingin tahunya. betapa seriusnya perkara tesebut dapat digambarkan dengan perilaku jimi yang kerap mundar mandir tidak tentu pasal ditempat sama. persoalan itu masih berngiang-ngiang jauh di lubuk sanubari jimi, bermain main segar kata kata tersbut disekitar cuping telinganya. Tentang isi persoalan itu terjadi tidaklah jimi pelik sangat. tetapi kenapa persoalan yang begitu kemas dan terpeinci bulih diperkatakan oleh 'Brader' yang tidak pernah disangka sangka jimi. kenapa 'Brader' itu? kenapa bukan orang lain? sehinggakan jimi sendiri tidak puas hati terhadap dirinya sendiri. kerana terlalu asyik memikirkan tentang 'Brader' tersebut.

Perkara ini bertambah parah lagi kerna Ketidakpuasan hati jimi sudah genap 2 perkara. Perkara pertama 'Brader' tersebut mengeluarkan persoalan yang tidak terduga oleh kewarasan akal jimi. Perkara kedua kenapa 'Brader' yang jimi tidak berkenaan tersebut telah membuatkan jimi tidak sedap duduk 3 hari lamanya. Apakah najis semua ini? apakah jenis persenggamaan ini?

Akhirnya jimi akui. jimi bukan insan maksum yang terlepas dari ketidaksempurnaan. Jimi melakukan satu langkah drastik dan amat membimbangkan. Jimi kutip beberapa helai 'brochure' jualan murah yang berselerak didalam peti surat rumah jirannya. jirannya pandang serong kearah jimi kerna jimi menyelongkar peti surat jiran jiran dengan cemas. akan tetapi ia sedikit pun tidak menggangu kekerasan watak jimi didalam cerita ini yang terkenal dengan personaliti bengis dan tidak bertimbang rasa. jimi meneruskan aksinya denga meng-amati dan mendalami isi brochure yang ke-3. Jimi dapat menangkap sesuatu yang begitu dalam. dengan sepantas kilat. jimi mula dapat hidu. abu, seman & kudin telah melakukan sesuatu yang betul malah tidak terperasan olehnya, mereka awal-awal sudah beritahu, awal awal lagi. terlihat ada jawapan disitu. bagai menunjukan tanggapan jimi salah belaka. Halim yang menyokong jimi juga pasti akan merasa tempiasnya. Jimi keronyokkan brochure itu tanda tidak sanggup meneruskan bacaannya. Jiran jimi buat buat pandang burung atas tiang elektrik, cover.



Jimi berlari kebilik dengan mulut mencebik pada jirannya, keras. terus jimi menyarung seluar track suit warna terang lekas lekas. didalam otak jimi cuma mahu mencari 'Brader' terebut. jimi betul betul mahu tahu. sejauh mana kebenaran tentang apa yang abu, seman & kudin telah perkatakan sebelum brader itu lagi. malah jimi juga spare RM10 untuk diletakkan didalam kocek baju halim secara diam-diam. jimi tidak mahu halim tahu. biarlah halim tidak tahu...






Jadi soalannya,
apakah corak cerita diatas sekiranya difilemkan :
Romantic Comedy, Action atau 'Based on true story'?

Tuesday, February 8, 2011

Hadir kelas

"hari ni nak dress-up apa la gamaknya?" dalam hati, nina berkata-kata.

setiap hari dress nina tidak pernah menghampakan.. hari ini hari selasa. maka kelas pengurusan rumahtangga yang bermula dari pukul 9 hingga ke pukul 11 lah yang perlu nina hadirkan diri. agak lama. nak dress berat2 kelas pula lama sangat. tak berpeluh pula kalau dress sarat sarat? dress kena tepat dengan waktu dan suasana. teknik peragaan ini dengan metologi logikal kena ada kimia. baru serasi dan tidak basi. jika tidak, ada saja yang tak kena di mata orang lain yang memandang. mudah kata kena ada teori peraga yang sangat asas. takde lah orang kata belakang..


Hampir 10 minit nina rangka konsepsual dress hari ini. Nina tekad. hari ini nina akan mengenakan baju warna turqoise. baju jenis potongan badan turqoiseron. tudung warna turqoise muda, ada jalur urat daun keemas emasan. dan kasut tumit tinggi warna turqoise ke kehijau hijauan, dengan klips warna metalik. semua aksesori nina yang nina kenakan adalah stok stok warna turqoise. wangian pun jenama turqoisensation, Zingaff Juliane. ada pancuran warna turqoise. yang melekat lekat di baju dan tangan.

siap siap berdandan. nina pun keluarlah ikot pintu depan rumah dengan yakin. mencari cari keretanya. dia tidak perasan. kerana keretanya pun sudah bewarna turqoise... penulis telah menyesuaikan warna kereta nina dengan tema hari ini. turqoise..

tak klik, dia gila