Friday, April 8, 2011

LOKASI ANGKER #4

TEMPAT : SEKSYEN 12, SHAH ALAM
MASA : 12 ~ 2

Assalamualaikum. setelah lama menyepi. kami telah pun beroperasi lagi. ingin kami maklumkan disini, Kami skuad edisi angker berehat seketika dalam beberapa bulan ini. ini bagi membina semula semangat, setelah secara semberono menggempur beberapa lokasi yang dipercayai angker dan keras. Setelah mengambil masa yang agak lama bagi meulihkan dan memantapkan diri. Kami ahli skuad bersepekat, memulakan sessi perbincangan di kedai makan berhampiran untuk membincangkan dalam menggerakkan semula operasi angker dan mengenal pasti lokasi seterusnya. Hasil muzakarah gaya demokrasi terpimpin, skuad telah memilih banglo Seksyen 12 sebagai lokasi tinjauan seterusnya, yang wajar dioperasikan secara fokus. Dengan mengambil kira cerita-cerita dari orang shah alam. Memang tempat ini adalah ‘destinasi bajet’ yang sangat didambakan penggemar mistik.


Seperti biasa, ahli skuad semakin lama semakin mengecilkan. Kebanyakkan anggota sudah ramai angkat bendera putih. Malah operasi kali ini hampir menuju jalan buntu kerana sayap-sayap kanan @ pengurus operasi seperti brader lancang tidak mahu terlibat secara langusng mahupun tidak langsung diatas mana-mana operasi yang berlandaskan angker. Malah brader lancang guna alasan-alasan yang kurang kuat dan agak kekanak-kanakkan untuk tidak menyertai mana-mana aktiviti angker lagi. Setelah suasana dipanaskan, dan setelah anggota memnbakar line dan men’ceduk’ serta mencabar kredibiliti keberanian beliau, seperti yang beliau bangga banggkan. akhirnya Beliau setuju untuk terlibat tetapi menyertakan beberapa syarat yang jelas mempamerkan sisi kegoyangan pada diri beliau, syarat beliau yakni berada jauh dari lokasi angker tersebut. Skuad senyum nipis. Skuad sudah biasa.




Ok bermula lah perjalanan. Macam biasa suka-suka,
ketawa-ketawa bagi menjadikan keadaan tidak suram.

keadaan sugul sebentar



Sesampai sahaja di lokasi, kereta di letak jauh sedikit dari lokasi angker.
dan kami berjalan dalam beberapa meter demi tidak mengganggu
penduduk setempat. tidak termasuk brader lancang.
antara gambar yang berjaya disnap. agak sukar kerana cahaya kurang.


beberapa keping gambar lagi.



Setelah selesai sesi tinjau, kami pun segera bergerak pulang, bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam perjalanan balik, suasana agak suram. Tiada lagi aura2 gembira sepertimana datang tadi. Dalam saat suram begitu juga, seorang anggota kami tiba-tiba memasangkan ayat suci Al-Quran (ayat kursi) melalui telefon bimbitnya membuatkan keadaan menjadi lebih serius. Ditambah lagi dengan Pekikkan "Allahhu Akbar" secara mengejut dari brader lancang, menyebabkan beberapa anggota skuad terkejut dan tidak senang duduk lagi.

Brader lancang tidak memberitahu kami apa motifnya untuk tiba-tiba berkelakuan begitu. dan setelah sedikit sampai sekitar rumah. kami berehat dikedai makan berhampiran, untuk meneutralkan semangat dan menenangkan keadaan, dengan ditemani alunan ayat-ayat suci yang dimainkan dari telefon bimbit.








sehingga kami menemui gambar ini.
maka tidak ada apa yang perlu kami tanyakan
kepada brader lancang akan motifnya tadi.

5 comments:

  1. mungkin biasan..
    kamu kene pergi utk kali kedua bagi memastikan

    ReplyDelete
  2. apa aktiviti korang pulak lepas nih..korang pegi la kaji kawasan penjara pudu.kasi siasat sket..hehe..

    ReplyDelete
  3. geng geng pondan sih. kah kah kah. kok itu pun kamu ketakutan.

    ReplyDelete

tak klik, dia gila