Thursday, February 24, 2011

LOKASI ANGKER #3



Assalamulaikum. Skuad pemuda RMSU telah pun melakukan tinjauan lokasi yang ke-3. tinjauan tersebut dioperasikan pada malam 24/2/2011 (malam jumaat). macam biasa gua mencari line-up untuk menyertai kembara skuad ini. ini kerana anggota2 kental dan utama kebanyakkan shift malam.

kami membuat perbincangan untuk ke lokasi #3 pada mlm tersebut. tetapi cuma gua ngan seorang lagi anggota yang 'available'. mungkin malam jumaat, sambutan kurang. itu gua tak tahu. jadi oleh kerana skuad malam ini hanya 2 orang. Gua & Am. kami bercadang ke lokasi angker #3 dengan hanya menaiki motor sahaja. dan kami memilih satu lokasi yang terletak di dalam daerah klang. dimana kawasan perumahan yang masih ada satu lapangan hutan kecil terperosok disebelah tepi perumahan tersebut. dimana dapat dilihat pokok - pokok yang besar & tua di dalam hutan kecil itu.

kami memilih tempat ini kerana ada cerita-cerita dari orang dikawasan perumahan yang pernah melalui pengalaman terserempak dengan sosok-sosok atau lembaga-lembaga yang bermacam macam genre. jadi kami rasa kawasan malam ini adalah bertepatan & suai dengan feel malam jumaat yang mulia ini. dengan sedikit bacaan dan lapang dada kami pun bergerak.

aktiviti skuad hanya meninjau-ninjau, dengan mengambil beberapa capture ditempat yg dipercaya orang kampung sebagai 'ada' . gambar ada dibawah :










selepas meninjau kawasan di sekitar perumahan. kami terus bergegas masuk kedalam hutan kecil tersebut utk mengambil beberapa capture untuk dianalisis. kami beranikan diri untuk masuk sehingga ke suku hutan, dan ini hasilnya:










selesai sudah tinjauan kali ini, kawasan ini amat sesuai jika ingin melakukan operasi lanjutan. Sebelum kami ber-2 pulang. gua menerima panggilan dari salah seorang anggota skuad yg mengikuti operasi sebelum2 ini, namanya dirahsikan. gua mendengar kisahnya perlahan-lahan.

Dan apa yang gua boleh bantu hanya menasihatkan beliau supaya positif. sentiasa positif. kita umat islam wajib percaya pada benda ghaib. dan ia juga makhluk tuhan sama seperti kita. gua percaya jika kita tidak diselubungi rasa muram dan gundah, berjiwa kuat dengan sentiasa positif nescaya ia tidak memudaratkan sama sekali. banyakkan baca ayat ayat suci. kalau benda semakin serius, gua tegaskan supaya beliau cepat2 info pada gua. apa isi ceritanya gua tidak bulih cerita. gua menghormati permintaan beliau.

akibat dari beberapa perkara yang terjadi. gua nasihatkan diri sendiri dan juga kawan2 semua, kalau betul2 minat untuk pergi kawasan yang bukan tempat kita. pergilah dengan penuh etika dan tanggungjawab. Wasalam.

10 comments:

  1. hehe ko berani-berani ye skang? dah banyak aku tengok dari movie2 gore apil..teladan dah banyak bagi. sarang tebuan jangan dijolok.hehe

    ReplyDelete
  2. ish.. aku tak jolok.. jgn risau..
    jaga adab dan etika.. msti semua ok..

    ReplyDelete
  3. bila nk ajak ku ni..? ehehe...
    menarik ni...

    ReplyDelete
  4. tu la. bila nak mula operasi sbnr. nak join. member aku kata jln ke puncak alam pon blh tahan. kawan dia penah kn kat situ

    ReplyDelete
  5. Anonymous : aku baru tau ada skuad wat operasi mcm ni..tu pun aku tgk komen2 "http://www.blogserius.blogspot.com/" kat kisah rmh sewa RM50. huhu...

    ReplyDelete
  6. M.H.A & Anonymous.. siap sedia, gua akan keluarkan notis untuk sesiapa yang nk follow operasi dalam entry akan datang.. dlm bila2 masa.. huhu

    ReplyDelete
  7. PANJANG GAK CITER NIE..
    NASEB BAEK X CITER KALOW..
    HAHAHA

    ReplyDelete
  8. okeh..nanti notis kami ek.. :)

    ReplyDelete
  9. Assalamua'laikum,

    Diharap tuan 'kakiberita' dapat ceritakan apa yg terjadi pada member tuan itu.. kami nak tau gak.

    ReplyDelete

tak klik, dia gila