Wednesday, January 18, 2012

Ane & Jam Dinding

"kita makan kat sini je la" kata seman, manakala fendi buat acuh tidak acuh. dia ikot saja. mana-mana pun bulih. janji jangan bawa ke restoran cina. Manakala aku dan perut aku memang dari tadi lapar, jenis lapar hingga ke dada. seman melangkah masuk ke kedai makan tersebut dengan laju. fendi masih macam tadi. manakala aku pun masih juga lapar.

lepas melabuh punggung, kami bertiga terus oder makan masing masing dengan pantas dengan harapan makanan sampai sepantas kami mengoder dengan pantas tadi. dengan pantas juga kami berborak.

aku yang mulakan sesi borak, dengan fokus tajuk ialah nasib seorang 'ane' mapley yang makan pelempang aku dan terus balik keindia keesokkan harinya.

Ceritanya ane malang tu bermula begini. Pada hari kejadian, aku oder telur separuh masak. dan aku tunggu setengah jam. aku faham lah mungkin mapley ni punye oder kaw atau bung bung paw. membuatkan turn telur separuh masak aku lambat akibat dari mengutamakan oder terdahulu. lapar lapar pun aku tunggu juga.

tapi satu part je silap kat sini. ada satu brader baru sampai, duduk depan aku dan oder benda yang sama dengan aku, telur ½ masak. 1 saat kemudian oder dia sampai. Benda-benda macam ni yang bulih mengubah sikap berbudi pekerti aku yang tinggi. aku dengan hati panas berlari ke arah 'ane' tersebut dengan tiba tiba, 'ane' tersebut membuat muka aneh akibat dari situasi itu. Dengan tiba-tiba juga aku melempang muka 'ane' yang ambik oder tadi kerana telah melupakan oder aku, sambil aku mencarut dalam bahasa urdu. Agak tegang sesi berborak kami pada hari tersebut, seman dan fendi terjengil mata mendengar bait-bait aksi yang aku kisahkan. Menghayati betul.

simple je topik borak sambil tunggu makanan kat kedai makan ni. cite pasal aku panas baran oder lama lama. dan cite pasal aku yang power melempang warga asing.

Borak punya borak aku toleh kearah jam dinding dikedai tersebut. rasanya masa oder tadi mengikut jam tangan aku pukul 2 petang. sekarang dekat jam dinding tersebut menunjukan pukol 2.45 petang. maknanya 45 minit dah tunggu. rasanya skrip kedai mapley dan 'ane' tadi macam relevan dengan situasi sekarang. Dan bagi aku, molek sangatlah kalau aku relatekan respon yang serupa bagi membuktikan pada kawan-kawan yang aku bukan cerita besar sahaja.

tanpa cerita banyak. aku mencari tukang masak dan tukang oder makanan tadi. aku lempang keras keras seorang 3 kali. walaupun mereka kelihatan sangat terkejut, aku teruskan juga. aku peduli apa. lepas aku lempang budak berdua tersebut. aku ke kaunter kompelin. dekat 45 minit oder tak sampai sampai makanan adalah penyebab kenapa aku lempang budak berdua tersebut.

"tahukah encik......? " kata brader kaunter dengan konfinden level yang tinggi. dia sambung balik dengan ayat ala ala skrip drama " encik baru sampai 5 minit, mana datang lagi 40 minit tu" kali ni konfiden level dia paras profesional. dia sambung lagi sambil buat muka geram "kalau encik berpandukan jam dinding, jam dinding tersebut bateri dah habis sejak 3 hari lalu".

"bangang! kedai makan apa jam dinding takde bateri. Karang dengan kau-kau sekali aku lempang!!". Dengan nada A major 7 aku tengking mamat confiden tersebut.

aku sambung lagi "air suam satu" dengan nada memesan makanan, sambil mencari tempat duduk tadi.

Wednesday, October 26, 2011

PERKOSAAN VISUAL



PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA
(PERKOSAAN VISUAL)

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda..

Kelebihan Ayat Kursi

Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah sholat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.

AIR MASAK & MANFAATNYA

MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..

Friday, September 9, 2011

Ucapan

Pendengar: Helo, sy nak buat ucapan
Penyampai: Ye, silakan
Pendengar: Saya nak buat ucapan untuk ayah yg tengah basuh kereta, mak yg tgh memasak, abg yg tengah tengok tv.. dengan ucapan.. TENGAH BUAT APA TU?

Pengaroh

Mak : aiman ! Diam la. Adik hendak tidur ni !
Aiman : lu kasi gua mati dulu lah baru gua diam !
Ayah : aiman ! itu mak kamu tahu tak !
Aiman : sekarang gua tak kira lu abang long ka, lu ayahda ka, ni KL gua pegang !
Aiman : mainan ni abang punyalah , bak sini mainan abang !
adik : abang tak abang ! sape kacau aku pecah !
Aiman : seeerrraamm ni !

Fakta mata & lidah

4 fakta tntg MATA dan LIDAH:

Fakta 1 :
Anda tidak boleh menjulingkan mata sambil menjelirkan lidah anda dalam satu masa…

Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu dengan bodohnya mempraktikkannya

Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit ….dan berkata dalam hati “Natang..! aku dah terkena nih!”

Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat utk copy lawak bodoh ni kpda geng yg lain untuk kenakan diaorang seperti anda yg telah terkena ( hahahahahahahahahaha )

Resipi Mee goreng Rahsia

Resipi mee goreng laris yg rahsia..

menu : mee goreng berhias
bahan: mee goreng beli kat kedai (dlm polystyrene) & timun
cara²: telangkup mee atas pinggan (pastu jd la mee tu bentuk acuan kotak polystyrene), hias keliling mee dgn timun.

selamat mencoba & apakah!

Thursday, May 5, 2011

SYILING LAMA DILOKASI ANGKER

KLIK UNTUK PEMBESARAN

Syiling-syiling ini dijumpai dibeberapa lokasi angker yang telah skuad kami terjah.
Agak pelik. Kerana benda yang sama telah kami jumpai dibeberapa lokasi angker.

Jadi kami akan terus menjejaki beberapa lagi lokasi untuk mengenal pasti apakah petanda disebalik pertemuan syiling-syiling lama ini.

Setelah bertemu beberapa penggemar mistik & Collector brgn antik, mereka mengandaikan barang-barangan ini mempunyai Nilai, dan mereka tidak dapat pastikan berapa nilainya. kerana syiling-syiling dijumpai dibeberapa tempat yang berbeza-beza & dijumpai ketika skuad menjalankan operasi angker.... masih menjadi tanda tanya...

Friday, April 8, 2011

LOKASI ANGKER #4

TEMPAT : SEKSYEN 12, SHAH ALAM
MASA : 12 ~ 2

Assalamualaikum. setelah lama menyepi. kami telah pun beroperasi lagi. ingin kami maklumkan disini, Kami skuad edisi angker berehat seketika dalam beberapa bulan ini. ini bagi membina semula semangat, setelah secara semberono menggempur beberapa lokasi yang dipercayai angker dan keras. Setelah mengambil masa yang agak lama bagi meulihkan dan memantapkan diri. Kami ahli skuad bersepekat, memulakan sessi perbincangan di kedai makan berhampiran untuk membincangkan dalam menggerakkan semula operasi angker dan mengenal pasti lokasi seterusnya. Hasil muzakarah gaya demokrasi terpimpin, skuad telah memilih banglo Seksyen 12 sebagai lokasi tinjauan seterusnya, yang wajar dioperasikan secara fokus. Dengan mengambil kira cerita-cerita dari orang shah alam. Memang tempat ini adalah ‘destinasi bajet’ yang sangat didambakan penggemar mistik.


Seperti biasa, ahli skuad semakin lama semakin mengecilkan. Kebanyakkan anggota sudah ramai angkat bendera putih. Malah operasi kali ini hampir menuju jalan buntu kerana sayap-sayap kanan @ pengurus operasi seperti brader lancang tidak mahu terlibat secara langusng mahupun tidak langsung diatas mana-mana operasi yang berlandaskan angker. Malah brader lancang guna alasan-alasan yang kurang kuat dan agak kekanak-kanakkan untuk tidak menyertai mana-mana aktiviti angker lagi. Setelah suasana dipanaskan, dan setelah anggota memnbakar line dan men’ceduk’ serta mencabar kredibiliti keberanian beliau, seperti yang beliau bangga banggkan. akhirnya Beliau setuju untuk terlibat tetapi menyertakan beberapa syarat yang jelas mempamerkan sisi kegoyangan pada diri beliau, syarat beliau yakni berada jauh dari lokasi angker tersebut. Skuad senyum nipis. Skuad sudah biasa.




Ok bermula lah perjalanan. Macam biasa suka-suka,
ketawa-ketawa bagi menjadikan keadaan tidak suram.

keadaan sugul sebentar



Sesampai sahaja di lokasi, kereta di letak jauh sedikit dari lokasi angker.
dan kami berjalan dalam beberapa meter demi tidak mengganggu
penduduk setempat. tidak termasuk brader lancang.
antara gambar yang berjaya disnap. agak sukar kerana cahaya kurang.


beberapa keping gambar lagi.



Setelah selesai sesi tinjau, kami pun segera bergerak pulang, bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam perjalanan balik, suasana agak suram. Tiada lagi aura2 gembira sepertimana datang tadi. Dalam saat suram begitu juga, seorang anggota kami tiba-tiba memasangkan ayat suci Al-Quran (ayat kursi) melalui telefon bimbitnya membuatkan keadaan menjadi lebih serius. Ditambah lagi dengan Pekikkan "Allahhu Akbar" secara mengejut dari brader lancang, menyebabkan beberapa anggota skuad terkejut dan tidak senang duduk lagi.

Brader lancang tidak memberitahu kami apa motifnya untuk tiba-tiba berkelakuan begitu. dan setelah sedikit sampai sekitar rumah. kami berehat dikedai makan berhampiran, untuk meneutralkan semangat dan menenangkan keadaan, dengan ditemani alunan ayat-ayat suci yang dimainkan dari telefon bimbit.








sehingga kami menemui gambar ini.
maka tidak ada apa yang perlu kami tanyakan
kepada brader lancang akan motifnya tadi.

tak klik, dia gila